Oleh pada 14 Jul 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Faizal Tahir

Gara-gara memuat naik foto tidak berbaju di akaun Instagram, penyanyi Faizal Tahir menerima kecaman hebat daripada para pengikutnya.

Foto tersebut memaparkan Faizal sedang berswafoto bersama dua anak lelakinya ketika mengerjakan ibadah umrah.

lagi foto tidak berbaju faizal tahir dihentam 2

Kredit foto: Instagram Faizal Tahir

Ketika diminta mengulas tentang kontroversi itu, Faizal memberitahu dia enggan mengambil peduli akan kemarahan netizen kerana beranggapan perkara tersebut sebagai isu yang remeh. 

Penyanyi itu juga menegaskan dia tidak sekalipun berbogel ataupun menunjukkan aurat dalam gambar berkenaan.

Sejujurnya, tiada apa yang harus diperkatakan mengenai perkara itu kerana sebelum ini saya pernah buka baju dan satu Malaysia tengok di TV. Biarlah mereka berdebat kerana bagi saya gambar tersebut tidak mempunyai apa-apa masalah. Sewaktu saya mengambil gambar itu, saya tengah pakaikan ihram dalam bilik air sebelum mengajak anak mengambil gambar bersama. Setakat tunjuk separuh badan semasa ihram bagi saya tiada masalah kerana bukannya saya buka seluar ataupun berbogel dan ia bukan aurat.

Sumber: Astro Gempak

Faizal turut menyifatkan kepelbagaian pendapat netizen di ruangan komen fotonya sebagai bayangan kepada pemikiran manusia yang positif, negatif dan berfikiran cetek.

Beliau ditemui di Majlis Sidang Media Program Temu Duga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) yang berlangsung di Hotel Impiana, KLCC, baru-baru ini. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)