Kredit foto: Instagram Datuk Aliff Syukri 

Lagi dugaan melanda usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri, kali ini pembantu peribadinya (PA) iaitu Muhd Iqbal Sani telah ditimpa kemalangan baru-baru ini.

Tidak dapat dipastikan bagaimana kondisi Iqbal yang sebenar di ketika ini, namun dalam luahan Aliff menerusi laman Instagramnya ada mengulas serba-sedikit tentang nasib buruk yang melanda lelaki yang sudah dianggapnya seperti adik sendiri itu. 

lagi dugaan landa aliff syukri terima berita buruk tentang pembantu peribadinya 2

Kredit foto: Instagram Datuk Aliff Syukri

Dugaan bulan Ramadhan. Hidup ini macam roda, kadangkala kita gembira dan kadangkala kita sedih tanpa disangka. Alhamdulilah setelah menanti selama 11 jam di bilik operasi, Ikbal selamat dan sudah sedar. Terima kasih Allah.

Sumber: Instagram Datuk Aliff Syukri

Aliff turut mendedahkan detik-detik cemas sewaktu dirinya menanti Iqbal dibedah di Hospital Sunway Medical Centre.

lagi dugaan landa aliff syukri terima berita buruk tentang pembantu peribadinya 3

Kredit foto: Instagram Datuk Aliff Syukri

Suasana jam 4 pagi saya mengiringi beliau dalam penuh kesedihan. 10 jam di bilik bedah, air mata saya tak mampu sudah menangis. Dari umur 19 tahun dia berkhidmat dengan saya sampai sekarang tiada pengganti sehebat beliau. Iqbal kena kuat. Dimana ada saya di situ ada awak. Kalau saya sakit awak paling susah dan awak selalu ada bila saya susah dan senang. Sukar saya menerima keadaan awak yang sihat dan ceria terlentang macam ni. Ya ALLAH, kau selamatkanlah dan permudahkanlah segalanya untuk adikku ini. Mohon doakan PA saya yang saya dah anggap macam adik sendiri selamat. Janganlah jadi-jadi apa-apa dekat dia. Yang penting saya akan cuba membantu yang terbaik buat beliau.  

Mari kita sama-sama doakan semoga beliau akan sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti sediakala. 

lagi dugaan landa aliff syukri terima berita buruk tentang pembantu peribadinya 4

Kredit foto: Instagram Muhd Iqbal Sani 




Hakcipta iluminasi.com (2017)