Oleh pada 10 May 2017 kategori

yb khairy

Pastinya mereka yang berkulit sawo matang pernah berkali-kali mencuba untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah dengan pelbagai cara. Sebenarnya anda perlu berbangga jika memiliki kulit sawo matang kerana ia mempunyai kelebihan unik dan tersendiri. Malah, warna kulit bukanlah penentu kepada kecantikan seseorang itu.

berkulit gelap lebih manis

Jangan rasa rendah diri atau malu jika berkulit sawo matang kerana warna kulit inilah yang melambangkan masyarakat kita. Malah, anda patut bersyukur dikurniakan kulit sawo matang. Sedangkan matsaleh di Eropah dan Amerika pun berebut menjemurkan diri di tengah panas untuk mendapatkan kulit seperti anda, jadi mengapa mula anda harus mengubahnya?

Iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda kelebihan dan kebaikan memiliki kulit sawo matang.


1. Lebih macho bagi lelaki

mario lopez

Apabila ditanya apa yang wanita suka pada penampilan lelaki, kebanyakan daripada mereka akan menjawab lebih menyukai lelaki berkulit sawo matang berbanding kulit cerah. Bagi wanita, lelaki yang berkulit sebegini kelihatan lebih macho dan manis, serta terserlah kejantanan mereka. Namun, ini terletak kepada kesukaan dan pilihan masing-masing.


2. Lebih kuat melawan radikal bebas

nura afia

Mereka yang berkulit sawo matang menghasilkan lebih banyak melanin, yang menyebabkan kulit menjadi lebih gelap. Dengan kehadiran melanin yang tinggi, ia membantu memerangkap radikal bebas seterusnya menghalang kulit daripada menjadi rosak.

"Radikal bebas akan memberi kesan kepada lipid yang halus pada kulit yang mengekalkan kelembapan pada kulit dalam stratum corneum. Stratum corneum adalah lapisan kulit paling luar sekali. Jika kelembapan pada kulit hilang, ia akan menjadi tegar dan retak,"


- Dr. Sergio Nacht, Ph.D. (Penasihat Sains dan Teknologi CellCeuticals Skin Care)

3. Kelihatan lebih muda

nike hijab

Menurut ahli dermatologis, Susan Taylor yang juga penulis buku "Brown Skin", mereka yang berkulit lebih gelap kelihatan lebih muda daripada mereka yang berkulit cerah. Ia disebabkan oleh jumlah melanin yang ada pada kulit mereka. Jumlah melanin yang lebih tinggi dapat melindungi kulit daripada mengalami kerosakan jangka pendek akibat terdedah kepada cahaya matahari. Ia juga melindungi dalam jangka masa panjang seperti melindungi kulit daripada cepat menua, bintik-bintik, kedutan dan tekstur yang kasar.


4. Kulit lebih sihat

kulit lebih sihat

Berkulit sawo matang bermakna anda lebih meluangkan masa di luar di bawah cahaya matahari. Disebabkan jumlah melanin yang banyak pada kulit, ia dapat memelihara kesihatan kulit dengan menghalang sinar UV yang terkena pada kulit daripada merosakkan DNA yang berpotensi menyebabkan barah kulit.


Sumber :

1. Livestrong

2. Science


tags : , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)