Kredit foto: gosipsensasi.blogspot.my 

Komposer Julfekar dan isterinya, penyanyi Min Yasmin mengalami kemalangan jalan raya sewaktu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Kemalangan tersebut dilaporkan berlaku pada hari raya kedua di Jalan Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Menurut laporan Harian Metro, kenderaan komposer terbabit dirempuh sebuah motorsikal ketika membuat pusingan U menghala ke Kuala Lumpur.

Sementara itu, Julfekar dalam kenyataannya melahirkan rasa terkejut dengan kejadian yang berlaku pada lebih kurang jam 5 petang itu.

Saya dan isteri panik. Apabila keluar, saya melihat penunggang terbaring dengan kesan luka dan darah di tangan.

Sumber: Harian Metro

Bagaimanapun selepas memberi pertolongan kepada penunggang terbabit, beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Pilah.

Kesan daripada kemalangan, pintu sebelah kanan keretanya calar dan kemek, namun dia bersyukur kerana tiada kecederaan serius yang berlaku.

Bagi saya itu tak mengapa asal kami suami isteri dan penunggang itu selamat. Itu yang lebih penting kerana kereta boleh diperbaiki. Saya sempat menasihati lelaki itu agar tidak menunggang laju terutama dalam kesesakan lalu lintas.

Sumber: Harian Metro 

komposer julfekar kemalangan 2

Kredit foto: utaranews.com 




Hakcipta iluminasi.com (2017)