Oleh pada 15 Apr 2017 kategori

Sukan gusti merupakan hiburan kepada masyarakat di Amerika sejak 1920 an lagi. Hujung minggu ialah saat yang paling dinantikan untuk menyaksikan perlawanan gusti live dihadapan mereka.

Ada yang meminati ahli gusti sehingga dijadikan idola. Ada juga yang menjadikan sukan ini sebagai landasan untuk bertaruh wang sesama mereka.

territory system

BESARKAN TEKS     A-  A+

Lambakan syarikat penganjur sukan gusti

Oleh sebab itu, sukan ini telah merebak ke beberapa buah negeri di sekitar utara Amerika. Melihat kepada keuntungan yang boleh diraih, maka wujudlah beberapa syarikat penganjur yang mempromosikan sukan gusti di setiap kawasan mereka.

Mereka menggunakan territory system di mana ahli gusti hanya berlawan dikawasan bawah naungan syarikat tempatan sahaja. Ditambah pula, hanya 3 stesyen televisyen yang ada pada masa itu, membuatkan sukan ini lebih menjadi tumpuan masyarakat berbanding menonton televisyen.

Dianggarkan sehingga 30 ke 40 syarikat penganjur yang terdapat di seluruh Amerika pada satu-satu masa.

hulk hogan

Melahirkan bintang gusti terkemuka

Setiap territory melahirkan bintang gusti yang menjadi kegilaan masyarakat kerana aksi mereka yang menakjubkan setiap minggu, adegan ganas dan kostum yang menarik. Antara bintang gusti yang dilahirkan ialah Hulk Hogan dari American Wrestling Association (AWA), Bret Hart dari Stampede Wrestling (SW), dan Ric Flair dari Mid Antlantic Championship Wrestling (MACP).

Tidak lama selepas itu, semua syarikat penganjur dari seluruh Amerika bersepakat menubuhkan satu badan yang dikenali sebagai The National Wrestling Alliance (NWA), dimana setiap juara dari setiap territory akan berentap di pentas yang paling prestij untuk merebut gelaran World Champion. Gelaran itu jatuh kepada seorang ahli gusti dari utara Amerika, iaitu Buddy Rogers.

Pada 1963, beberapa buah syarikat penganjur dari utara Amerika telah keluar dari NWA lalu menubuhkan sebuah lagi syarikat bersekutu yang dikenali sebagai World Wide Wrestling Federation (WWWF) milik seorang ahli perniagaan Vince McMahon Sr. Tujuan mereka ialah untuk bersaing dengan NWA. Pada perlawanan pertama mereka, WWWF yang diwakili oleh Bruno Sammartino telah berjawa menewaskan Buddy Rogers dari NWA lalu menyandang gelaran world champion.

vince mcmahon

Vince McMahon sebagai pemilik baru saham syarikat

Pada tahun 1982, Vincent Sr. telah menjual seluruh saham syarikat kepada anak lelakinya, Vince Jr.. Vince Jr. mempunyai visi yang lebih besar berbanding ayahnya. Dia berpendapat, dengan mengetengahkan sukan gusti ke saluran televisyen, ia tidak lagi menjadi sukan popular diantara negeri sahaja, malah ke seluruh dunia.

Vincent telah menjenamakan semula WWWF kepada World Wrestling Federation(WWF). Pada tahun yang sama, Vincent Jr. telah mngikat kontrak dengan Hulk Hogan sebagai duta kepada WWF. Dia juga telah melaburkan duit untuk mengkomersialkan WWF kedalam stesen televisyen tempatan, USA Network. Dia pergi ke setiap territory lalu menandatangani seorang demi seorang lalu mengetengahkan mereka di kaca tv.

Tindakan Vince Jr. dikecam beberapa syarikat penganjur dan juga ahli gusti. Mereka menyifatkan Vincent Jr. telah merosakkan nature dalam industri gusti tempatan kerana semua adalah mengenai bisnes, tiada lagi bintang baru dilahirkan.

Namun Vince Jr. menjanjikan habuan yang lumayan kepada semua pihak dalam industri. Dia turut menyediakan kemudahan yang sangat selesa kepada ahli gusti dan penonton, serta liputan meluas ke seluruh Amerika.

ted turner

Beberapa tahun selepas itu, muncul sebuah syarikat penganjur yang mempunyai visi yang sama dengan WWF, iaitu World Championship Wrestling(WCW) milik seorang ahli perniagaan dari Ohio, Ted Turner. Maka pada 1990, WWF dan WCW bersaing sesama mereka selama sedekad.

monday night wars

Monday Night Wars - pergaduhan siaran gusti berlainan saluran

Persaingan antara kedua syarikat ini tampak jelas apabila kedua-duanya menyiarkan rancangan mereka pada setiap Isnin malam. Penonton boleh memilih untuk menonton samada WWF: Monday Night Raw ataupun WCW: Monday Nitro.

Sedekad lamanya, WWF telah mendominasi jumlah penonton lalu menang dalam persaingan lalu menjenamakan semula kepada World Wrestling Entertainment(WWE). Vince McMahon telah membeli WCW dengan harga 4.2juta usd, lalu menjenamakan segalanya dibawah WWE.

vincent mcmahon

Sehingga 2016, keuntungan WWE sudah mencecah 1 billion usd dan sekaligus menjadikan Vince Mcmahon sebagai taikun industri gusti profesional di dunia. Visi dan keyakinan yang ada pada Vince Jr. patut dicontohi oleh kita.

Peka pada setiap peluang yang terhidang, kerana jika anda mulakan dulu, andalah yang akan berjaya. Yang pasti, WWF ini adalah hiburan kepada anda yang lahir pada 90 an, mana tidaknya, terpengaruh adegan bintang gusti dan setiap trademark skill mereka yang tersendiri.

Penulis amat meminati Kane, kerana gaya bertopeng dan trademarknya "chokeslam".




Hakcipta iluminasi.com (2017)