Oleh pada 01 Apr 2017 kategori

Kot merupakan pakaian asas atau normal kepada pekerja korporat kerana ia melambangkan gaya dan persepi orang terhadap anda. Namun, jika diperhati, ada di antara pemakai kot ini tidak tahu perkara asas dalam mengenakan kot. Terdapat peraturan asas apabila memakai kot yang dipanggil sebagai: "Sometimes, Always, Never" yang menerangkan sekiranya anda memakai kot 3 butang, butang atas sekali kadang-kadang dibutangkan, butang tengah mestilah sentiasa dibutangkan dan butang bawah sekali tidak perlu dibutangkan.

leonardo dicaprio dengan gaya kot

Sekiranya anda memakai kot 2 butang, anda haruslah butangkan butang paling atas dan tidak perlu butangkan butang kedua.

Tidak kira kot jenis apa yang dipakai, butang bawah sekali tidak harus dibutangkan!

Ia adalah perkara paling asas untuk fesyen lelaki (wanita secara amnya dibenarkan untuk butangkan butang bawah). Pereka baju lelaki juga sering menyesuaikan fabrik dengan kot yang dihasilkan bagi menyerlahkan lagi gaya para lelaki.

Tapi, ini sememangnya fesyen yang pelik kerana kenapa kot anda mempunyai butang tetapi tidak menggunakannya? Dimanakah tradisi atau fesyen ini bermula?

Jawapannya adalah kerana seorang raja yang sangat gemuk iaitu King Edward VII.

Kisah King Edward VII (yang memerintah United Kingdom dari 1906-1910) ini seringkali dianggap sebagai mitos tetapi sebenarnya ia adalah satu kebenaran.

Kebanyakan blog fesyen juga memberitahu kisah King Edward VII semasa beliau menjadi Putera Wales dan ketika itu kot menjadi satu trend, King Edward juga mengenakan kot. Namun kerana beliau menjadi semakin gemuk, beliau telah berhenti mengenakan butang bawah untuk menjadikannya lebih sesuai dan fit  dengan badan beliau.

Sebagai menghormati King Edwards, mahkamah British dan akhirnya rakyat England dan negara-negara jajahan British telah berhenti mengenakan butang bawah kot mereka.

king edward vii

Teori ini tidak begitu popular kerana ia dianggap satu teori yang bodoh dan lucu tetapi sebenarnya ia adalah betul menurut ahli sejarah fesyen British. King Edward VII telah menjadikannya satu trend dan perkara asas untuk memakai kot.

Teori ini betul kerana memang King Edwards VII yang menjadikannya satu trend tetapi sebenarnya beliau tidak mengenakan butang bawah kot itu kerana 2 perkara yang berbeza.

Butang bawah tidak dikenakan kerana bagi menggantikan kot menunggang kuda.

Cerita mengenai "Edwardian Theory" telah diperkatakan oleh Sir Hardy Amies, seorang pereka fesyen di England yang merupakan bekas pembuat dan pereka baju untuk Queen Elizabeth II selama empat dekad, bermula tahun 1952 sehingga 1989.

Butik Sir Hardy terletak di Savile Row, yang menempatkan pembuat baju kot yang terkenal dan beliau tahu akan fesyen kot dan industri fesyen.

duke roxburghe di buckingham palace

Pada tahun 1992, Sir Hardy telah memberi syarahan kepada "The Royal Society for the Encouragement of Ars, Manufactures and Commerce", yang mana dia telah menemui cerita berkenaan "The Englishman's Suit".  

Single-breasted  yang ada sekarang telah diperkenalkan pada tahun 1906 yang dikenali sebagai "lounge suit". Ia mempunyai 3 butang tetapi lebih kepada pakaian kasual pada masa itu kerana ia agak berbeza berbanding kot pada masa sekarang. Pada masa itu, ia digunakan untuk menunggang kuda dan pakaian yang longgar diperlukan untuk keselesaan penunggang kuda.

single dan double breasted kot

"Lounge suit"  digunakan bagi menggantikan kot tradisi menunggang kuda. Untuk itu, butang kot di bawah sekali tidak akan dibutang untuk menampakkan gaya kot itu dipakai ketika menunggang kuda. King Edward VII juga mengatakan tidak perlu memakai butang paling atas kerana ia ternampak terlalu biasa dan ini menyebabkan hanya butang tengah yang perlu digunakan.

Sebagai menghormati kot penunggang kuda yang telah digantikan dengan "Lounge suit", King Edward VII telah mengenakan kotnya tanpa butangkan butang paling bawah.

Butang kot tidak dibutangkan kerana Edward VII memang gemuk.

King Edward VII mempunyai tabiat makan yang kuat menurut "Oxford Dictionary of National Biography";

"Beliau makan banyak pada waktu sarapan, tengahari, minum petang, makan malam dan makan larut malam. Beliau minum tidak banyak namun akan menghisap rokok lebih kurang 12 cerut dan 20 batang rokok sehari."

sir hardy amies

King Edward juga merupakan tokoh dalam industri fesyen lelaki. Dalam satu syarahan Amies, beliau mengatakan tradisi butang bawah tidak dikenakan bagi menghormati jasa King Edward dalam industri fesyen kot ini.

Kini, kot kebiasaannya mempunyai 2 butang sahaja.

Kot berbutang 3 adalah normal namun sejak 40 tahun ini, trend kot lebih terarah kepada kot 2 butang.

leonardo dicaprio dengan gaya kot 2


tags : , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)