Oleh pada 25 Mar 2017 kategori

Qusairy bosan menunggu bas yang tak kunjung tiba, tatkala jam sudah hampir berdetik dua. Matahari hari itu, cukup terik bahangnya sehingga peluh bajunya lencun.

Datang seorang tua di sebelahnya lalu si tua duduk menunggu bas bersama. Qusairy hanya senyum memandang si tua lalu si tua membalas senyumnya lalu dihulurkan salam pada Qusairy, anak muda.

pakcik tua

BESARKAN TEKS     A-  A+

"Selalu jam 2 ni dah sampai dah bas," kata si tua. Qusairy menoleh memandang pakcik itu.

"Jalan sesak kot pakcik," ulas Qusairy.

"Nak pergi mana dik?" tanya si tua. Qusairy rasa tak selesa diaju soalan tiba-tiba.

"Pergi beli KL beli barang Pakcik, barang komputer," jawab Qusairy. Si tua menangguk, faham.

"Sama la kita. Bas 123, sekejap lagi sampai la tu," kata si tua.

kisah sedih orang tua

Qusairy mengeluarkan telefon lalu memulakan permainan video memenuhi masa.

"Susah pakcik nak nampak orang macam kau naik bas ni nak," kata si tua. Qusairy menoleh kembali merenung pakcik itu.

"Motor rosak pakcik, terpaksa naik bas," jawab Qusairy. Hatinya terdetik-detik hendak melihat wataknya di telefon, yang sudah pun pulih tenaga untuk meneruskan permainan.

"Dah kerja ke dik?" tanya si tua lagi. Qusairy akhirnya memadamkan telefon, lalu dimasukkan ke dalam poket semula. Pakcik itu benar mahu berceloteh nampaknya.

"Dah. Kerja admin Cik," jawab Qusairy. "Pakcik nak ke mana ni Cik?"

"Balik rumah," kata si tua. "Sampai KL nanti tukar bas lain pulak." Qusairy mengangguk faham.

"Kau pakai motor apa dik? Pakcik minat juga motor-motor ni, tapi sekadar mampu minat aje la," kata si tua.

atok dan nenek

"LC pakcik, itu je la yang mampu, nak pakai kereta tak dapat lagi Cik," balas Qusairy.

"LC pun ok, pakcik tengok berdesup betul pergi eh, enjin kecik je 135," kata si tua. "Kau tak ada teringin nak upgrade ke?"

"Hahahaha," tergelak Qusairy. "Gaji kecik aje Cik, bilik pun sewa. Mana mampu lagi."

"Bukan sekarang bila gaji dah minima, gaji patutnya naik ke?"

"Mana ada pakcik," balas Qusairy. Soalan si tua membuatkan Qusairy resah, kerana Qusairy agak sensitif berkaitan gajinya yang rendah jika dibandingkan dengan rakan-rakannya.

"Kau dah kahwin?" tanya si tua.

"Belum Cik," jawab Qusairy. Si tua hanya tersenyum mendengar jawapan Qusairy.

"Gaji kau lebih seribu setengah tak?" tanya si tua lagi.

Qusairy menangguk. "Dulu masa zaman pakcik dulu, nak kahwin tak macam sekarang," kata si tua perlahan.

amoi cina

Datang seorang gadis Cina lalu gadis itu duduk tidak jauh dari mereka. Si tua hanya senyum memerhatikan mata Qusairy yang mengekori pergerakan gadis comel tersebut.

"Sekarang kahwin, mak ai, 15 ribu tu dah macam biasa," kata si tua. "Pakcik dulu hantaran 500 je."

"Kos dah naik Cik," kata Qusairy cuba memberi pandangan. "Semua benda mahal sekarang. Gaji pun dah tak cukup nak tampung kenaikan ni."

Si tua diam saja lalu melihat jam di tangan.

"Pakcik mintak maaf la, tapi pakcik tak berapa gemar dengar anak muda mengeluh macam tu," kata si tua.

Qusairy tersentap.

"Orang kita sekarang ni, sibuk nak melabur duit ke sana sini," kata si tua. "Tapi ramai tak mau melabur pelaburan paling besar yang Allah bagi kat kita."

"Apa dia cik?" tanya Qusairy.

"Anak-anak," kata si tua.

atok dan cucu hot

Qusairy hanya diam. Dia tak tau apa jawapan patut disebut. "Pakcik kerja gaji seribu empat ratus, anak pakcik enam orang," sambung si tua.

"Pakcik kurang faham kenapa anak muda sekarang ramai mengeluh macam-macam. Pernah juga pakcik baca dalam internet orang kutuk yang miskin kenapa perlu ada anak ramai kalau dah tau susah. Terasa betul pakcik baca tu," kata si tua sambil menggeleng kepala.

"Ramai yang cakap macam tu sekarang, pakcik," kata Qusairy bersetuju.

"Orang kita dah jarang nak nampak dah yang jalan untuk hidup senang, tak kiralah kaya kat dunia, kaya kat akhirat ke, adalah dengan ada anak ramai dan besarkan anak-anak kita supaya jadi orang yang berguna," kata si tua.

Si tua tunduk, "ramai takut susah bila ada anak ramai. Tapi pada pakcik, buat apa senang kalau yang berkongsinya sedikit, lebih baik cukup dapat dikongsi ramai."

Qusairy hanya mengangguk.

"Zaman sekarang, orang dah tak ambik sangat pandangan macam tu," kata si tua. "Pandangan dah lapuk." Qusairy mengangguk lagi.

"Bas dah sampai," kata si tua. Qusairy dan pakcik itu bangun lalu mendaki tangga bas.

Berdiri di dalam bas, Qusairy menoleh memandang gadis Cina tadi yang masih sabar menunggu keseorangan. Si tua hanya senyum melihat gelagat Qusairy.




Hakcipta iluminasi.com (2017)