Bagi penggemar dunia bola sepak, pasti ramai sudah mengenali lelaki ini yang berasal dari Portugal. Dari budak kecil sampai lah orang tua, sebut sahaja, Cristiano Ronaldo, pasti teringat-ingat kehebatan beliau beraksi di padang bola. Untuk rekod, beliau merupakan satu-satunya pemain bola sepak yang sudah mencecah jaringan 100 gol untuk kejohanan Eropah atau Champion League (CL).

Rata-rata peminat dunia bola sepak tidak kira lelaki ataupun wanita berangan-angan ingin bertemu dengannya. Ramai yang mengaku peminat setia Cristiano Ronaldo namun adakah anda pasti anda tahu segalanya tentang beliau?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Cristiano Ronaldo dibesarkan di daerah paling miskin di Portugal iaitu Pulau Madeira. Jarak antara Madeira dengan ibu negara Portugal iaitu Lisbon adalah 968KM! Terpisah kerana Lautan Atlantik.

Nama penuh beliau adalah Cristiano Ronaldo dos Santos Aveiro. Nama Ronaldo diambil sempena nama presiden Amerika Syarikat iaitu Ronald Reagan yang merupakan pelakon kegemaran ayahnya.

Beliau sudah mula menyepak bola ketika umurnya 2 tahun!

cristiano ronaldo kecil 101

Pada umur 8 tahun, beliau sudah pun menyertai kelab bolasepak junior di Madeira. Namun, dia diejek kerana jerawat di mukanya, bracesnya dan disebabkan ayahnya adalah seorang pencuci dan penjaga kit di kelab itu.

Ketika umurnya 12 tahun, Cristiano Ronaldo ke Lisbon sendirian untuk latihan bersama Sporting CP yang kemudiannya membelinya dengan harga kira-kira RM8400! Namun, beliau diejek oleh rakan-rakan pelatih yang lain disebabkan loghat daerahnya.

cristiano ronaldo gigi

Cristiano Ronaldo disahkan menghidap racing heart ketika berusia 15 tahun, situasi di mana jantung anda berhenti berdenyut untuk seketika dan kemudian berdenyut secara tiba-tiba dengan pantas. Beliau telah melalui pembedahan laser untuk mengatasi masalah ini.

Gaji pertama beliau tidak dihabiskan untuk berhibur seperti rakan-rakan pelatih yang lain tetapi memberinya kepada ibubapanya dan membantu masalah ketagihan dadah yang dihadapi oleh abangnya.

Ketika Cristiano Ronaldo berumur 20 tahun, ayahnya meninggal dunia disebabkan oleh ketagihan alkohol yang menyebabkan kerosakan hatinya. Ketika ayahnya sakit di hospital di London, Sir Alex Ferguson telah memberi izin kepada Cristiano Ronaldo untuk menjaga ayahnya.

cristiano ronaldo dan sir alex ferguson

Disebabkan itulah, Cristiano Ronaldo tidak langsung minum minuman beralkohol! Susah nak percaya? Malah, beliau juga tidak mempunyai tatu badan kerana beliau aktif menderma darah.

Cristiano Ronaldo merupakan antara atlet terkaya di dunia dan dengan kekayaan itu, beliau tidak lupa mereka yang memerlukan. Pada satu ketika, beliau telah membayar pembedahan dan pemulihan seorang peminatnya yang berumur 10 bulan.

Saya tidak mampu mengubah dunia. Awak juga tidak boleh mengubah dunia. Tapi kita cuma boleh bantu membantu sesama kita. - Cristiano Ronaldo

Beliau juga turut menaja seorang mangsa tsunami Indonesia dimana mangsa itu memakai jersi beliau ketika dijumpai. Cristiano Ronaldo turut menderma sebanyak €1.5Juta atau bersamaan RM7,077,811 kepada sekolah di Palestin.

cristiano ronaldo ballon d or

Sepanjang hidupnya, ejekan merupakan perkara rutin yang pasti diterimanya. Namun apa yang membuatkannya seorang atlet luar biasa, bagaimana dia merubah hidupnya daripada ejekan yang diterima itu kepada apa yang dimilikinya sekarang. Seorang yang biasa menjadi seorang yang sangat sangat luar biasa kerana dia fokus kepada apa yang dia hendak dan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.

Cristiano Ronaldo! Satu dalam sejuta!

Anda perolehi sesuatu daripada artikel ini?  Sebarkan.

Sumber :

Goal.com

Dailymail.co.uk

Businessinsider.my

Brainyquote.com

Quora

ESPNFC




Hakcipta iluminasi.com (2017)