Oleh pada 10 Mar 2017 kategori

Kredit foto: Instagram King Coco & Youtube Cerita Viral Malaysia

Sebut saja nama King Coco, pasti semua mengenali beliau sebagai seorang wanita Melayu yang mempunyai pelat Mat Salleh. Namanya terus meniti di kalangan para netizen selepas beliau menjadi isteri kedua kepada Kapten Azrin.

Bagaimanapun, ramai netizen mula tertanya-tanya bagaimana hubungan Coco dan madunya, Zura serta anak-anak tirinya selepas beberapa bulan berkahwin.

Anak-anak tiri saya pun sangat rapat dengan saya sampai memanggil saya dengan nama Mummy Princess.

Alhamdulillah, hubungan kami semakin baik. Kami pernah bertemu beberapa kali dan sehingga kini masih berhubung. Dia pun sibuk menguruskan anak-anak. Suami pula tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Semoga jawapan yang diberikan Coco itu melerai segala persoalan yang menjad tanda tanya para netizen.

Hasil perkahwinan mereka, Zura telah pun dikurniakan dua orang cahaya mata dan dilaporkan sedang hamil anak ketiga.

Dalam pada itu, King Coco juga telah mengumumkan beliau sedang hamil anaknya yang pertama bersama Azrin.

Sumber berita: beritamemey.blogspot.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)