Oleh pada 13 Feb 2017 kategori

Mashaira Ismail, atau lebih dikenali sebagai King Coco, telah selamat mendirikan rumahtangga bersama jejaka pilihannya iaitu Azrin Anas Abdul Shukor pada awal tahun lalu. Terkini, King Coco telah memuatnaik beberapa gambar di Instagramnya yang membuatkan netizen tertanya-tanya adakah King Coco bakal bergelar seorang ibu.

King Coco yang sebelum ini sering mencetus kontroversi dengan video dan ucapan panasnya dikatakan sering mengalami gangguan kesihatan baru-baru ini. Dia kemudian telah memuatnaik satu gambar dengan kapsyen dan hashtag #rezekiAnak dan #myhusbandisagreatdad. Netizen rata-rata memberi tanggapan bahawa ini jelas menunjukkan King Coco sedang hamil dengan anak sulungnya.

King Coco bagaimanapun tidak memberikan apa-apa maklumat berkenaan usia kandungannya yang dijangkakan masih dalam trimester pertama.

gambaq perkahwinan king coco dan anas

Walaupun sering dikecam netizen, kami tetap mendoakan yang terbaik buat keselamatan dan kandungan King Coco sekiranya berita yang dikhabarkan ini benar. 

Anak-anak diibaratkan kain putih, tidak tercemar walau setitik noda hitam pun. Jadi, daripada kita terus mencela, ada baiknya kita mendoakan yang baik-baik buat mereka. Sesungguhnya Allah telah berfirman dalam surah Al-Fatir (ayat 18):

surah dosa orang bukan kau tanggung

“Dan orang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Dan jika seseorang yang berat dosanya memanggil (orang lian) untuk memikul dosanya itu, tiadalah akan dipikulkan untuknya sedikitpun, meskipun (yang dipanggilnya itu) kaum kerabatnya. Sesungguhnya yang dapat kamu beri peringatan hanya orang-orang yang takut kepada azab Tuhannya (sekalipun) mereka tidak melihatNya. Dan barang siapa yang mensucikan dirinya, sesungguhnya ia mensucikan untuk dirinya sendiri. Dan kepada Allah lah kembali(mu)”.

Semoga kandungan King Coco sihat dan sempurna serta dia selamat melahirkan kelak. Marilah kita doa yang baik-baik dan beri komen yang murni-murni buat King Coco.




Hakcipta iluminasi.com (2017)