Kredit foto: imgrum.org

Buat pengikut instagram King Coco anda pasti perasan akan kemunculan hashtag 'rezeki anak' dalam status-status Instagramnya kebelakangan ini. Sungguhpun begitu tiada kenyataan rasmi daripada Coco yang dia kini sedang hamil - walaupun ternyata itu yang cuba digambarkan. 

Namun teka-teki akhirnya terjawab apabila Coco tampil dalam sebuah pengakuan eksklusif yang mengejutkan ramai. Dalam luahan tersebut Coco berkongsi akan perasaannya bila mengetahui dirinya hamil dalam waktu yang singkat selepas berkahwin. Apa yang mengejutkan adalah Coco turut mendedahkan mahu melahirkan anak tersebut di luar negara! Kenapa ya? 

Baca luahan berikut: 

Rasa macam mimpi pula, tak sangka secepat ini saya mengandung. Pada mulanya saya merancang untuk mengambil anak angkat sebagai peneman kerana suami selalu tiada di rumah. Apabila saya mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan saya, segera saya membuat pemeriksaan sendiri dan alangkah gembiranya apabila mendapat tahu saya sudah mengandung. Macam tidak percaya! Tapi yang kelakarnya saya sentiasa terbayang-bayang kesakitan apabila melahirkan anak kelak, sampaikan termimpi-mimpi dibuatnya. Sebenarnya kalau tidak mengandung, saya memang bercadang untuk mengambil anak angkat. Saya sukakan budak-budak. Sekurang-kurangnya saya tidak berasa sunyi apabila suami tiada di rumah. Saya lakukan tiga pemeriksaan bagi memastikan saya betul-betul mengandung termasuk pemeriksaan di klinik. Mengikut perancangan asal, saya hanya akan bersedia untuk mengandung selepas dua tahun berkahwin. Barangkali saya kurang bersedia tetapi InsyaAllah, rezeki yang telah diberikan ini mungkin adalah yang terbaik untuk saya dan suami. Segalanya bergantung kepada rezeki tetapi dua cahaya mata memadai untuk kami. Saya juga merancang untuk melahirkan anak di luar negara. Keputusan itu dibuat kerana kami mahu mencipta kenangan untuk anak-anak apabila mereka dewasa kelak. 

Sumber: pepatung.com.my 

Semoga segala yang dirancangkan oleh Coco berjalan dengan lancar nanti.

Sumber berita: beritamemey.blogspot.my 




Hakcipta iluminasi.com (2017)