Oleh pada 16 Aug 2017 kategori

Kredit foto: Instagram.com/kilafairyofficial

Pelakon Kilafairy mengesahkan kolaborasi bersama penyanyi antarabangsa Sean Kingston yang dianggapnya sebagai salah satu pengalaman terhebat dalam kerjaya seninya.

Jun lalu, saya baru selesai merakamkan lagu baru dengan Sean Kingston. Pengalaman itu sangat indah dan bermakna.


Meskipun lagu ini belum diberi judul, video muzik yang membabitkan Kingston sudah dirakam. Bahagian saya akan menyusul dalam waktu terdekat.

Bagaimanapun, Kilafairy menafikan yang dia menumpang populariti penyanyi berdarah Amerika-Jamaica itu menerusi kewujudan single tersebut.

Tidak. Saya memang meminatinya sejak dulu. Kalau benarlah niat asal saya mahu menumpang populariti, lebih baik saya cari penyanyi yang lebih popular daripada Kingston.

Oleh sebab pengaruh muzik Kilafairy yang lebih tertumpu ke arah urban, pengurus label Lion Music Group mengambil keputusan untuk meluaskan lagi kerjayanya sebagai seorang penyanyi.

Biarpun jiwa saya lebih kepada muzik urban, pihak pengurusan menasihati supaya mencuba pelbagai genre.


Mereka mahu kehadiran saya memenuhi kehendak pencinta muzik tanah air yang sentiasa dahagakan kepelbagaian.


Insya-Allah, kolaborasi ini mungkin membuka peluang kepada saya untuk melebarkan sayap ke luar negara.

Sementara itu, Kila juga masih aktif dalam bidang lakonan dimana dia akan muncul dengan drama bersiri 'Mr Delicious' yang bakal memulakan tayangannya di saluran HyppTV mulai 16 Ogos ini.

Menerusi drama tersebut, Kilafairy memegang watak Zara bersama barisan pelakon lain seperti Reen Rahim, Ieda Moin dan pelakon seberang, Guntur Triyoga.

Zara gadis ‘bimbo’, tetapi sebenarnya berpelajaran tinggi. Dia sentiasa menceriakan keadaan.

Karakter ini sangat berbeza dengan keperibadian sebenar saya.

Selain itu, Kilafairy turut menyuarakan hasratnya untuk bersifat selektif dengan hanya membabitkan diri dalam sebuah penggambaran drama sahaja dalam setahun.

Saya mengambil keputusan ini kerana mahu lebih fokus. Kalau ada pun tawaran lain yang saya terima hanyalah telefilem.  Selebihnya, fokus pada muzik.

Sumber berita: Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)