Oleh pada 14 Apr 2017 kategori

Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan berita seorang penumpang United Airlines bergelar doktor yang diheret keluar dari pesawat dengan kekerasan sehingga menimbulkan kekecohan.

penumpang united airlines dihalau dari penerbangan kerana tidak cukup kerusi 976

Walaupun jarang ada kes seperti ini di mana syarikat penerbangan memaksa penumpang turun sehingga mengakibatkan kecederaan fizikal, tapi banyak sebenarnya kes lain di mana penumpang tidak dibenarkan menaiki pesawat sebab "flight dah overbooked."

Kalau terjadi pada anda, bengang tak? Dah buat bayaran, dah check-in, tapi tiba-tiba tak dapat sampai destinasi tepat pada waktu sehingga kacau-bilau semua rancangan anda.

overbooking flight terlebih tempahan tiket


Kenapa situasi 'overbooking' ini boleh terjadi?

Puncanya mudah sahaja, ini semua disebabkan statistik untuk memaksimakan kadar keuntungan. Overbooking atau tempah berlebihan ini merupakan suatu amalan biasa di mana syarikat menjual atau memberi tempahan melebihi kapasiti. Ini dilakukan untuk mengelakkan kerugian dari segi masa dan wang. Dalam kes syarikat penerbangan contohnya, mereka jual sebanyak 220 tiket walaupun kapasiti penumpang sebenar hanyalah 200 sahaja.

Setelah tamat proses menempah, mana-mana penumpang yang tergolong dalam 20 'tiket tambahan' ini akan dimasukkan ke dalam penerbangan berikutnya disebabkan bilangan tempat duduk yang tidak mencukupi.

antara pampasan syarikat penerbangan


Laa, dahtu kenapa buat juga sistem sampai overbook?

Strategi perniagaan yang baik kebiasaannya akan mempunyai keuntungan maksimum dan menggunakan sumber secara optimum. Syarikat penerbangan tidak akan tahu mana-mana penumpang yang membeli tiket itu akan menaiki pesawat atau tidak. Yang mereka tahu, ada sesetengah orang memang suka janji tetapi tak akan muncul pun (sama macam membuat janji temu hospital, hotel dan restoran).

Kepincangan ini menyebabkan pesawat perlu terbang dengan banyak kerusi kosong yang amat bernilai. Oleh itu, banyak syarikat penerbangan mengambil keputusan untuk mendapat lebih keuntungan dengan menjual semula kerusi "kosong" itu. Jadi, katakanlah kapasiti tempat duduk sebuah kapal terbang ialah 200 kerusi dan 185 sahaja penumpang yang muncul, ini bermakna ada 15 lagi kerusi yang tinggal.

Syarikat penerbangan sebenarnya boleh saja menjual kerusi-kerusi ini pada penghujung waktu sebelum kapal terbang berlepas, tapi ini jarang dilakukan. Sebaliknya, mereka jual siap-siap kerusi "kosong" ini lebih awal.

kapal terbang terlebih booking sehingga menyebabkan penumpang terkandas 264

Baik, berbalik kepada contoh tadi. Kita ambil andaian kesemua 15 kerusi habis dijual. Kemudian, pada hari penerbangan seramai 205 penumpang yang berdaftar masuk. Syarikat penerbangan hanya perlu melayan 5 orang sahaja penumpang yang sakit hati. JIka dibayar pampasan untuk penerbangan, hotel dan kos-kos lain untuk kelima-lima penumpang ini sekalipun, ia masih jauh berbeza dengan 'kerugian' yang mereka tanggung sekiranya pesawat terbang dengan 15 kerusi kosong.


Sebagai penumpang, anda mesti berasa geram kan?

Apa ni, kita dah bayar maksudnya kerusi tu kita punyalah. Kenapa pula nak jual dekat orang lain? Ataupun kenapa saya pula yang tak dapat kerusi?

Tapi tahukah anda, statistik menunjukkan hanya 50,000 orang yang 'geram' di seluruh dunia tetapi terdapat 200,000 orang lagi yang tak muncul-muncul untuk menaiki flight? Inilah statistik dan realiti yang digunapakai oleh majoriti syarikat penerbangan.

sesi memboikot penerbangan united airlines akibat kes menghalau penumpang baru baru ini


Macam mana syarikat penerbangan kira bilangan kerusi "tambahan"?

Bilangan penumpang no-show atau tidak hadir ini dikira berdasarkan data penerbangan terdahulu yang dijadikan sebagai ramalan. Ini bergantung kepada pelbagai faktor seperti laluan penerbangan dan status kewangan penumpang biasa. Dari segi statistik, tabiat penumpang berdasarkan faktor umur dan jantina juga memainkan peranan. Dari sini, peratus kebarangkalian setiap penerbangan dikira dan jumlah kerusi "kosong" inilah yang akan dijual secara tambahan.

Margin keuntungan pula akan dikira bagi setiap penumpang yang tidak hadir. Kita ambil semula contoh tadi. Katakan harga tiket adalah RM500 bagi setiap penumpang, maka syarikat akan memperolehi RM100,000 bagi kapasiti 200 kerusi. Jika mereka menjual 20 lagi kerusi "kosong" maka pendapatan kasar bagi satu penerbangan adalah RM110,000.

Dalam contoh tadi, kita gunakan andaian 5 penumpang yang 'terkandas'. Katakan bayaran pampasan bagi setiap penumpang ini adalah RM250. Maka jumlah pampasan cumalah RM1,250. Syarikat penerbangan sudahpun untung sebanyak RM8,750 selepas menolak wang pampasan ini. Jauh berbeza dengan kerugian akibat membiarkan sahaja kerusi kosong terbang.

syarikat penerbangan untung lebih


Kalau terjadi pada anda, apa yang boleh dilakukan?

Anda pasti berasa kecewa sekiranya anda dah beria-ia semangat nak memulakan perjalanan tapi tiba-tiba boarding pass tak ada nombor tempat duduk. Jika situasi ini terjadi, anda perlu tahu hak anda sebagai penumpang dan pengguna.

Ada syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan berikutnya, tapi anda perlu pastikan anda benar-benar mempunyai nombor tempat duduk dalam pesawat tersebut. Kalau pesawat itu pun ditempah berlebihan, anda mungkin akan terkandas lebih lama di lapangan terbang.

contoh baucar pampasan

Jika syarikat penerbangan itu menawarkan pampasan seperti makanan percuma, kos hotel dan pengangkutan dari hotel ke lapangan terbang, buat perbandingan dan cari penyelesaian yang menguntungkan anda. Mereka juga mungkin akan menawarkan baucar bagi pembelian tiket penerbangan pada masa hadapan, tapi anda perlu berhati-hati dan pilih tawaran sebaik-baiknya kerana para pekerja syarikat penerbangan ini telahpun dilatih untuk membuat rundingan dengan kos minima.

Dalam erti kata lain, cuba dapatkan pampasan ganti rugi sebanyak mungkin!

bilik hotel percuma pampasan kapal terbang

Sumber rujukan:

1. Wikipedia

2. Marketplace

3. Independent Traveler


tags : , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)