Sekiranya anda ke Jepun, anda akan nampak mesin layan diri yang menjual pelbagai benda di sana. Daripada makanan, minuman, rokok, buah-buahan sehinggalah ke payung dan telur ayam pun semua dijual menggunakan vending machine. Mesin layan diri akan ditempatkan di mana-mana sahaja anda pergi - di setiap laluan, depan kedai serbaneka, di bangunan komersial mahupun di kawasan perumahan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Menurut Persatuan Pengilang Mesin Layan Diri Jepun, dianggarkan terdapat 1 mesin layan diri bagi setiap 23 orang di Jepun dan jualan tahunan pula lebih kurang $60 bilion.

Kenapa banyak sangat mesin layan diri di sana? Pakar ekonomi dan ahli sosiologi kata, ini mungkin sebabnya:

vending machine mesin layan diri jepun

1. Kos buruh

Seorang profesor ekonomi dari University of Connecticut mendapati kadar kelahiran di Jepun semakin susut. Selain itu populasi penduduk yang semakin lanjut usia dan kurangnya kemasukan warga asing telah menyebabkan tenaga buruh mahal dan sukar didapati.

Oleh sebab itu orang Jepun menggunakan mesin layan diri sebagai penyelesaian untuk mengurangkan keperluan pekerja seperti juruwang.

mesin layan diri jual pisang

2. Kepadatan penduduk dan harga hartanah yang melambung

Dengan penduduk 127 juta orang, Jepun merupakan salah satu negara dengan kepadatan penduduk yang tinggi dan 93% daripadanya tinggal di bandar.

Kepadatan penduduk ini menyebabkan harga harta tanah melambung tinggi sehingga memaksa penghuni bandar tinggal di apartment yang sekangkang kera. Ini bermakna mereka tidak mempunyai banyak ruang untuk menyimpan atau meletakkan barang. Oleh sebab itu mereka lebih suka mendapatkan pelbagai barang melalui mesin layan diri yang diletakkan berhampiran kediaman.

mesin layan diri jepun macam macam

3. Hampir tiada jenayah

Seperti kita sedia maklum, Jepun memang terkenal kerana kadar jenayah homisid yang sangat rendah. Selain itu, pada tahun 2010, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah menyenaraikan Jepun sebagai negara yang mempunyai kadar jenayah rompakan paling rendah di dunia.

Maka, tak hairanlah walaupun mesin layan diri ini ditempatkan di lorong-lorong gelap, tersorok dan sunyi, jarang sekali berlaku kes kecurian atau vandalism. Operator mesin pun rasa seronok nak letak banyak-banyak.

mesin layan diri jepun

4. Masyarakat berasaskan tunai

Di Jepun, mereka jarang menggunakan kad debit atau kredit dan lebih banyak bergantung kepada bayaran tunai sahaja. Mereka bukan sahaja sentiasa membawa wang kertas, malah membawa wang syiling untuk tukaran yang lebih kecil.

Ini memudahkan urusan jual beli apabila menggunakan mesin layan diri.

makanan frozen goreng mesin layan diri

5. Sukakan teknologi

Masyarakat Jepun sememangnya amat obses dengan teknologi dan robotik. Ini merupakan salah satu faktor yang mendorong mereka cenderung untuk menggunakan mesin layan diri sehingga ia menjadi begitu popular.

Mesin layan diri di Jepun juga mempunyai pelbagai bentuk dan automasi. Anda juga pasti tertarik dengan ciptaan orang Jepun!

Amacam? Rasa-rasa boleh buat kat Malaysia tak?




Hakcipta iluminasi.com (2017)