Oleh pada 13 Apr 2017 kategori

Kredit foto: kualalumpurpost.net

Nama pelakon Sara Ali menjadi sebutan baru-baru ini sejak dia mengikuti jejak langkah Uqasha Senrose untuk menanggalkan tudungnya.

Memberikan alasan tidak mahu hipokrit dan menipu diri sendiri, Sara Ali nekad untuk kembali kepada penampilannya yang dulu.

Saya ingat boleh buat (bertudung) tapi tidak, kerana saya buat benda ini bukan kerana diri sendiri tapi kerana sesuatu.


Sesuatu ini kalau boleh saya tak nak bincangkan, perkara dah berlaku dan kita lepaskan.


Mula-mula saya fikir nak diamkan sahaja, tapi sampai bila saya nak hidup dalam keadaan yang saya rasa bukan yang sepatutnya saya lakukan.

Bercakap mengenai penerimaan keluarganya dengan keputusan tersebut, Sara Ali memberitahu mereka yang pada mulanya tidak suka namun terpaksa mengalah juga akhirnya.

Tak ada keluarga yang bangga dengan keputusan ini lebih-lebih lagi kita beragama Islam.


Apa yang saya berani cakap memang keluarga saya menyokong seratus peratus walaupun mereka tidak setuju tapi mereka akur juga dengan keputusan ini.

Malah, Sara Ali juga mengakui bahawa dia sudah lama menanggalkan tudung tetapi terpaksa menunggu masa yang sesuai untuk memberitahu orang ramai tentang keputusannya itu.

Sudah lama saya tak bertudung namun baru sekarang saya sedia untuk jelaskan dengan cara yang baik.


Selama ini apabila saya keluar pun, saya rasa bersalah kerana kotorkan imej tersebut (wanita muslimah).


Tapi saya rasa tak betul apabila lakukan sesuatu bukan untuk diri sendiri tapi kerana perkara lain. Saya pun tak nak menipu lagi.

Sumber: mStar Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)