Kebiasaannya orang selalu kaitkan bunga sakura (cherry blossoms) sahaja dengan negara Jepun. Bila tiba musim sakura, berebut-rebut pelawat nak menyaksikan keindahan bunga itu yang memenuhi segenap ruang di sana.

Tapi, tahukah anda, selain bunga sakura, Jepun juga terkenal dengan musim bunga wisteria? Bunga yang dipanggil fuji musume ini dkatakan bunga tercantik selain sakura.

BESARKAN TEKS     A-  A+

bunga wisteria secara lebih dekat

Wisteria merupakan tumbuhan daripada spesies legum atau kekacang. Setiap tangkai wisteria mempunyai panjang antara 15 hingga 35 sentimeter dengan juntaian menuju ke bawah. Setiap pohon wisteria boleh mencecah sehingga 3 kaki atau lebih. Selain mempunyai warna terang yang boleh menukar pemandangan biasa menjadi latar belakang indah yang berwarna-warni, bunga ini juga berbau harum semerbak.

kawachi fujien wisteria garden terowong wisteria cantik gila

Bunga wisteria juga bermusim seperti sakura. Ia paling banyak dilihat tumbuh menjalar sekitar April dan Mei setiap tahun. Masih belum terlambat untuk anda menempah tiket kapal terbang ke sana sekarang!

Terdapat dua tempat menarik di Jepun yang terkenal dengan alam ajaib penuh dengan bunga wisteria ini. Salah satunya ialah di Kawachi Fujien Wisteria Garden yang terletak di bandar Kitakyushu yang telah dibina pada tahun 1977. Taman seluas 10,000 meter persegi ini menyimpan lebih 22 spesies wisteria untuk tatapan pengunjung. Tiket masuk mula dibuka kepada orang ramai dari 22 April sehingga 7 Mei.

ashikaga flower park jepun bunga wisteria cantik

Ashikaga Flower Park pula akan memaparkan lebih daripada 350 pohon wisteria yang kembang mekar semasa Festival Great Wisteria dari 15 April sehingga 22 Mei. Sekiranya anda melawat ke sini, pastikan anda tunggu sampai malam apabila lampu dinyalakan. Anda mesti terpesona dengan panorama memukau ini. 

kawachi fujien wisteria garden

Cantik yang amat kan? Ini baru tengok gambar. Belum pergi sana tengok betul-betul secara live. Subhanallah, indah betul ciptaan-Mu.

Sumber rujukan:

1. Japan Magazine

2. Japan Today




Hakcipta iluminasi.com (2017)