iluminasi kanak kanak pandu kereta mcdonalds ayam goreng4

Seorang kanak-kanak berumur 8 tahun yang tidak dapat dinamakan, berasal dari daerah East Palestine, Ohio, USA merasa lapar dan mengidamkan burger keju McDonalds. Oleh kerana melihat ibu bapa dia tidur, dia mengambil keputusan untuk memandu sendiri ke McDonalds berhampiran rumah mereka.

Kekurangan pengetahuan untuk memandu tidak membataskan beliau, lalu beliau membuka Youtube mencari video yang mengajar beliau cara memandu. Dalam masa 5 minit, selepas merasakan beliau cukup mahir, beliau mengambil kunci kereta ayahnya, membawa wang dari tabungnya lalu mengajak adiknya yang baru berumur 4 tahun menemaninya.

iluminasi kanak kanak pandu kereta mcdonalds ayam goreng3

Mereka keluar bersama-sama dalam kenderaan MPV yang dipandu oleh abangnya. Beliau kemudiannya memandu sejauh 2.5 kilometer, mengikut aliran trafik yang betul, berhenti di lampu merah dan tidak melanggar apa-apa.

Sampai di McDonald, beliau berjaya melakukan navigasi untuk masuk ke lorong pandu lalu, memesan burger keju untuk mereka berdua, nugget ayam untuk adiknya dan juga kentang goreng yang dikongsi bersama-sama. Pekerja McDonalds yang mengambil pesanan menyangka mereka sedang dipermainkan atau menyangka ibu bapa mereka ada di kerusi belakang.

Pegawai polis yang mengambil laporan, Jack Koehler dan "menangkap" budak lelaki tersebut di perkarangan McDonalds itu sedang menikmati burger keju sambil dikerumuni orang ramai bertanya kepada budak lelaki terbabit," apa yang awak lakukan?"

Budak lelaki itu menjawab,"saya dan adik saya nak makan burger keju."

"Bagaimana awak belajar memandu?" tanya pegawai polis itu lagi.

"Saya belajar dari Youtube," jawab dia.

Agak menakjubkan juga apabila seorang budak lelaki berumur 8 tahun berjaya memandu melepasi 4 persimpangan berlampu isyarat tanpa melanggar lampu isyarat. Peristiwa-peristiwa seperti ini menunjukkan bagaimana pendidikan boleh berlaku tanpa berada dalam keadaan formal.

iluminasi kanak kanak pandu kereta mcdonalds ayam goreng 207

Apa pandangan anda?

Adakah masyarakat kita sudah bersedia untuk menukar mentaliti yang umur, bukan lagi penghalang jika kita berkebolehan melakukan sesuatu dengan pendidikan yang lebih sempurna? Persoalan lebih besar, mengapa ada pemandu yang berlesen dan melebihi had umur, gagal mengikut peraturan jalan raya dengan betul?

Video


tags : , , , , , , , , , , ,









/ / /
Hakcipta iluminasi.com (2017)