iluminasi gay lelaki

Siapa sangka jumlah abang lelaki yang ada di kalangan adik beradik boleh mempengaruhi kecenderungan si adik untuk menjadi lelaki songsang?

Begitulah yang dilaporkan dalam jurnal Proceedings of National Academy of Sciences, hasil kajian Anthony Bogaert dari Brock University. Berdasarkan kajian itu yang diterbitkan pada tahun 2006 selepas 10 tahun melakukan penyelidikan mendapati memang mendapati lebih ramai abang dimiliki oleh seorang lelaki, kecenderungan untuk beliau menjadi gay lebih tinggi.

Bagaimanapun, penyelidik tidak dapat mengenal pasti faktor sebenar yang mempengaruhi mental lelaki itu, adakah kerana faktor psikologi apabila mereka duduk di dalam rumah yang sama atau faktor genetik, kerana mereka berkongsi rahim wanita yang sama.

Kajian Dr.Bogaert mendapati ada dua andaian yang dapat disimpulkan; jika seorang lelaki duduk di dalam rumah yang ramai abang angkat, yakni bukan abang kandungnya, kecenderungan itu tidak wujud. Kecenderungan itu hanya terbukti apabila bilangan abang kandung sahaja diambil kita.

Yang lebih mengejutkan - seorang lelaki tidak semestinya lebih cenderung menjadi gay apabila dia duduk serumah dengan abang-abangnya. Mereka tidak perlu tinggal serumah untuk menunjukkan tanda-tanda si adik lebih mudah menjadi gay.

Sindrom ini yang dikenali sebagai fraternal birth order defect. Menurut satu kajian oleh pakar seksualiti Amerika, Dr.Michael Bailey dari Northwestern University berjaya menghuraikan fenomena ini dalam bentuk yang lebih mendalam.

"Apabila seorang ibu mengandung, janin bayi mengandungi satu protein dalam kromosom mereka yang digelar H-Y antigens. Antigen inilah yang menentukan tahap heteroseksual seorang lelaki," terang beliau.

"Oleh kerana antigen ini tidak wujud secara semulajadi dalam tubuh wanita, ini akan merembeskan antibodi yang bersifat maternal untuk menentang atau mengikat H-Y antigens tadi," ujar Dr.Bailey.

"Setiap kali berlaku persenyawaan dan mengandung, badan si ibu akan menghasilkan lebih banyak antibodi untuk melawan H-Y antigens ini sehinggalah H-Y antigen ini kurang memberikan pengaruh kepada janin lelaki dalam membantu pembentukan orientasi heteroseksual normal lelaki," kata Dr.Bailey.

iluminasi gay lelaki2

Secara ringkasnya, setiap kali mengandungkan dan melahirkan anak lelaki, badan ibu akan secara automatik menghasilkan antibodi kepada satu jenis protein yang hanya ada pada lelaki dan antibodi itu akan diserap ke dalam janin anak seterusnya, lalu memberi kesan kepada perkembangan anak tersebut.

Bagaimanapun, ini hanyalah satu teori yang belum dapat dibuktikan. Beberapa faktor yang menyokong teori ini adalah kerana teori fraternal birth order defect tidak menunjukkan sebarang kesan kepada janin perempuan dan hanya memberi kesan kepada bayi lelaki.

Menurut kajian Dr.Bailey, seorang lelaki tanpa abang mempunyai 2% kemungkinan menjadi gay. Apabila dia ada seorang abang, 2.6%. Apabila beliau mempunyai dua, tiga atau empat orang abang, kemungkinan dia menjadi gay adalah 3.5%, 4.6% dan 6.0%.

Selama ini saya sebenarnya beranggapan seorang lelaki yang tidak mempunyai abang dan hanya mempunyai beberapa orang kakak lebih cenderung untuk menjadi lelaki lembut, tetapi selepas membaca penyelidikan ini amat jelaslah pandangan saya selama ini salah. Begitupun, ini tidak menjelaskan mengapa ada sesetengah lelaki mahu menganggap lelaki lain sama seperti teman wanita.

Rujukan

Scientific American

Psychological Science


tags : , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)