Oleh pada 15 Mar 2017 kategori

Sejak awal tahun 2005 lagi Chef terkenal, Jamie Oliver, telah memulakan kempen membanteras makanan junk di United Kingdom seorang diri. Ketika itu, beliau mengalami terlalu banyak halangan dari segi mental dan fizikal untuk mengubah corak pemakanan kanak-kanak di negara itu. Ternyata mereka lebih gemarkan makanan goreng dan berminyak seperti burger, kentang goreng, nugget dan sebagainya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Daripada perangai "makcik kantin" yang kuat melawan dan tidak sukakan perubahan sehinggalah kanak-kanak yang menolak bulat-bulat makanan sihat yang dihidangkan, namun Jamie tetap gigih berikhtiar mendidik masyarakat di sana supaya menukar gaya hidup ke arah yang lebih sihat.

jamie telah berjaya menukar standard makanan di kantin sekolah

Usaha keras Jamie akhirnya membuahkan hasil apabila Perdana Menteri Britain ketika itu, Tony Blair telah bersetuju untuk membuat perubahan dengan menyediakan bajet tambahan sebanyak £280 juta khusus untuk Dana Makanan Sekolah. Selain itu, makanan seperti coklat, keropok dan snek tidak sihat telah diharamkan serta-merta di semua sekolah di seluruh United Kingdom bermula 2006.

Pada tahun 2010, beberapa kajian telah dibuat untuk melihat keberkesanan kempen Jamie itu. Apa yang memeranjatkan, hasil kesemua kajian mendapati pencapaian akademik kanak-kanak sekolah menjadi semakin baik dan memberangsangkan sejak mereka mula menukar diet. Selain itu, bilangan murid yang tidak hadir ke sekolah juga semakin berkurang.

projek kebun dapur jamie oliver di sekolah yang merupakan kurikulum wajib

Kerajaan Britain juga telah mengumumkan bahawa satu kurikulum wajib baru diwujudkan bagi murid sekolah rendah tahap 1-3 pada tahun 2014. Kurikulum ini mengajar tentang kepentingan makanan sihat dan Jamie sebagai pelopor telah mengetuai Projek Taman Dapur di semua sekolah.

Pada tahun berikutnya, Jamie telah menghantar satu petisyen kepada kerajaan UK untuk mengenakan cukai ke atas kesemua minuman bergula. Usaha Jamie dibantu oleh pasukan penyelidik dari University of Oxford dan disokong oleh Laporan Ahli Jawatankuasa Penasihat Saintifik (SACN) pada 2015 yang membuktikan minuman bergula adalah paling memudaratkan bagi kanak-kanak.

jamie oliver sugar rush tax sugar soft drinks junk food

Inisiatif ini juga menemui kejayaan besar kerana pada tahun lepas, Menteri Kewangan British telah mengumumkan cukai minuman bergula akan mula dikuatkuasakan pada tahun 2018. Segala wang yang dikumpulkan melalui cukai ini akan disalurkan kepada aktiviti sukan dan kelab sarapan pagi di sekolah.

Dan terbaru, kerajaan UK telah mengumumkan bahawa semua iklan junk food dan minuman berkarbonat yang disiarkan secara online akan diharamkan berkuatkuasa 1 Julai 2017.

jamie oliver juga menjelajah amerika untuk memulakan revolusi makanan di sana

Tak sia-sia Jamie memulakan revolusi makanan ini. Walaupun mengambil masa yang agak lama, tapi semuanya berbaloi-baloi. Harap kadar obesiti di seluruh dunia tidak lagi begitu membimbangkan dan Jamie Oliver akan sentiasa dikenang sebagai seorang Food Hero sampai bila-bila.

kanak kanak memang suka fast food dan junk food sebab diajar oleh ibu bapa

Anda pula macam mana? Masih menyuap anak dengan burger, nugget dan sosej? Air manis pulak berapa gelas sehari?




Hakcipta iluminasi.com (2017)