Kredit foto: pinterest.com 

Kemunculan pengasas kosmetik, Datuk Seri Vida di kaca televisyen bukanlah sesuatu yang yang asing lagi. Tambahan pula untuk acara-acara hiburan yang ditajanya, Vida tidak melepaskan peluang untuk turut sama beraksi di hadapan kamera.

Bagaimanapun tidak semua pihak senang dengan tindakan beliau mempromosikan produknya di kaca TV. Ada yang mendakwa Vida sebagai sengaja mencari populariti, malah melahirkan rasa muak dengan sifat 'gedik'nya.

Sekian lama menerima tohmahan masyarakat, Vida dalam sebuah wawancara terbaru telah mendedahkan keputusan yang menggemparkan ramai.

Menurut Vida, dia tidak akan lagi membuat sebarang kemunculan di kaca televisyen pada masa akan datang. Malah Vida juga sedang merancang untuk melepaskan sebahagian saham syarikatnya. Beliau kini sedang mencari seorang 'tauke baru' yang akan menggantikan beliau untuk mempromosikan produk, manakala dirinya pula hanya akan bekerja di belakang tadbir. 

jual sebahagian saham syarikat tiada lagi datuk seri vida di kaca tv 2

Kredit foto: Instagram Datuk Seri Vida

Saya ni asyik kena kutuk kena kacau, jadi saya nak duduk di belakang tadbir je sekarang ni. Saya nak duduk diam je, kalau anda benci tengok gedik saya okay tak payah. Saya takkan exposekan diri selepas ini. Nak puaskan hati mereka yang mengata, saya tak payah muncul depan TV dah. Biar “tauke” baru je yang buat kerja. Kita tengok adakah industri hiburan tetap meriah dan tak perlukan saya yang kena terhegeh-hegeh bercakap di atas pentas.

Sumber: Mstar

Vida juga menafikan perniagaannya sedang menghadapi masalah sehingga terpaksa membuat rombakan tersebut.

Bisnes tak ada masalah, dah maju dan lancar. Cuma sekarang saya perlukan tokay baharu yang hanya perlu run bisnes saya. Siapa yang nak beli saham saya tu sila tampil supaya saya boleh berehat dan anda boleh ke depan. Pembeli saham tu nanti juga mesti kena kebal macam saya.

Sumber: Mstar

Beliau turut mengakui kecaman orang ramai membuatkan dirinya berkecil hati sehingga membuat keputusan tersebut.

jual sebahagian saham syarikat tiada lagi datuk seri vida di kaca tv 3

Kredit foto: Instagram Datuk Seri Vida

Kutukan itu buat saya terasa sampai ke tulang hitam. Walaupun saya nampak kuat tapi saya hanyalah manusia biasa. Saya ada hati dan juga perasaan. Kutuk dengan kritikan yang membina tak apa, tapi kutukan itu terlalu menyakitkan. Untuk memasarkan jenama produk, saya kenalah expose diri, dengan cara itu orang akan ingat produk Qu Puteh. Sebab tu sekarang saya jarang muncul di kaca TV. Lepas ni mesti ada yang kata bisnes saya tak laku, terpulanglah apa anda nak kata. Saya tak boleh halang mulut sesiapa. Buat masa ini saya hanya mahu banyakkan amal ibadah. Dengan cara ini sahaja mampu buatkan jiwa saya tenang.

Sumber: Mstar 




Hakcipta iluminasi.com (2017)