Oleh pada 09 Aug 2017 kategori

Tempat membeli-belah selalunya menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk meluangkan hujung minggu bersama keluarga. In bapa gembira dapat membeli-belah, sementara anak-anak pula gembira dapat berjalan-jalan.

Walau bagaimanapun, banyak kejadian penculikan kanak-kanak juga seringkali terjadi sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Momen indah bersama keluarga bertukar menjadi mimpi ngeri buat yang kehilangan anak.

child safety harness

Secara lumrahnya, memang sifat seorang kanak-kanak itu suka berlari-lari dan bermain tidak kira masa dan tempat. Termasuklah juga di tempat membeli-belah. Di tempat yang ramai orang seperti shopping mall, sesaat ibu bapa leka memerhatikan anak-anak mereka, mereka mungkin akan hilang atau lebih malang lagi, diculik!

Saya ada pengalaman bawa cucu setahun lebih umurnya. Ya allah bukan main lincahnya. Terlepas sekejap dari pegangan tangan saya dan hanya sekejap dari pegangan tangan saya dan hanya beberapa minit terlepas pandang. Ccucu saya tak ada lagi disisi saya. Rupanya dia berlari berpusing keliling di rak kain. Jumpa aje terus saya bawa balik dan tak jadi shopping lagi. Pucat lesi muka ku. - Puan Laila Mas

Antara alat bantuan untuk menangani perkara ini adalah dengan penggunaan 'child safety harness. Alat ini adalah tali keselamatan yang mengelakkan anak anda berada jauh daripada anda. Secara umumnya, terdapat dua jenis child safety harness ini:

  1. Diikat pada pergelangan tangan anak dan juga ibu bapa (seperti gambar di atas)
  2. Diikat pada bahagian badan anak

safety harness for kids

Tanggapan Negatif Sesetengah Masyarakat

Walau bagaimanapun, penggunaan alat ini belum begitu meluas di Malaysia. Malah, jangan terkejut sekiranya orang lain memandang serong pada anda dan ditertawakan kerana mengikat anak anda.

Antara tanggapan negatif masyarakat yang pertama kali melihat alat ini adalah:

1. Menuduh anda melayan anak anda seperti binatang kerana mereka diikat dan dipaksa kemana sahaja anda pergi

2. Menuduh anda mengongkong dan tidak memberi kebebasan kepada anak anda.

Jawapan Untuk Mereka Yang Berpandangan Negatif

Sekiranya orang sekeliling memandang serong pada anda atau mentertawakan pada anda, berikut adalah apa yang perlu anda lakukan:

1. Abaikan! Anak anda bukan anak mereka. Anda yang melahirkan dan menjaga anak anda.

2. Tutup telinga! Sekiranya anak anda hilang atau diculik, bukan mereka yang akan bantu anda. Anda yang akan sedih dan trauma.

Terdapat banyak jenis alat ini yang dijual dan anda boleh membelinya secara online. Lebih elok sekiranya anda mendapatkan pandangan daripada rakan-rakan yang sudah menggunakanya. Sebaiknya-baiknya beli yang mempunyai tali yang sukar dipotong menggunakan pisau atau gunting dan yang selesa untuk dipakai pada tangan atau badan anda dan anak-anak anda.


tags : , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)