Pernahkan anda menerima kritikan yang sangat pedas dan menyakitkan? Dalam kebanyakkan kes, orang yang mengkritik anda tidak mempunyai niat yang tidak baik, tapi itu tak peting, kerana kritikan mereka boleh membuatkan anda teringatkan hingga bertahun lamanya.

Jika anda tahu rakan anda cuba untuk turunkan berat badan, kritikan atau komen yang hambar boleh memberi kesan kepada mereka, malah akan menjejaskan diet mereka. Penurunan berat badan adalah satu perjuangan yang memerlukan kekuatan emosi, fizikal dan sosial. Mereka memerluka setiap bantuan yang mereka perlukan. Jadi kalau rakan anda sedang berdiet, jangan sesekali cuba cakap ayat-ayat ini pada mereka.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. "Tapi kau tak gemuk..."

Jika seseorang berkongsi cerita yang mereka sedang cuba untuk turunkan berat badan, ia bukanlah tiket untuk anda memberikan pendapat tentang bagaimana bentuk badan mereka. Mereka mungkin rasa okay dengan penampilan mereka, tetapi mereka hanya cuba untuk ubah cara pemakanan dan bersenam untuk menjaga kesihatan. Tambahan lagi, amat mudah untuk tersilap berkata mengenai penampilan seseorang, lebih-lebih lagi jika anda menggunakan perkataan "gemok". Perkataan ini penuh dengan maksud kepada sesetengah orang, dan pada anda mungkin hanya satu perkataan. Elakkan bercakap topik penampilan, dan perkatan "gemok" sekali.

2. "Ini nasihat aku..."

182939303 56aa06325f9b58b7d00082f8

Apabila ditanyakan kepada beberapa orang mengenai topik ini, ramai orang yang sedang berdiet mengatakan "nasihat yang tidak diminta" berada no.1 dalam list mereka. Salah satunya adalah, "jika seseorang minta nasihat, hanya nasihat sekali sahaja. Jika tak diminta, tidak perlu memberi apa-apa nasihat"

3. "Kau tak perlu turunkan berat badan..."

Jika anda tak ditanya oleh rakan anda, anda tak perlu komen tentang keputusan rakan anda untuk berdiet. Ya mungkin anda ada niat yang baik, tapi komen anda boleh disalahtafsirkan sebagai sabotaj. Biarlah mereka yang ingin membuat perubahan tersebut membuat keputusan sendiri . Tawarkan bantuan dan galakkan mereka adalah yang terbaik.

4. "Kau diet lagi...?"

0ee8d51761c5056ce15a5206794eeb91

Apa-apa komen yang merujuk kepada cubaan sebelum ini untuk kuruskan badan adalah satu langkah yang tidak bijak. Kenapa? Kerana mereka yang sedang berdiet ini akan melihat usaha sebelum ini adalah usaha sia-sia, dan akan membuatkan mereka patah semangat untuk berusaha lagi. Cara yang terbaik adalah memuji komitmen yang mereka berikan terhadap kesihatan mereka.

5. "Kau cuba ni mesti menjadi..."

Selalunya, rakan-rakan akan saling bertanya mengenai tips dan nasihat untuk turunkan berat badan. Kalau begitu, secara jujurnya, berikan pendapat anda. Tetapi jika rakan anda tidak bertanya dengan terperinci tentang diet anda, jadi anda tidak perlu cakap berlebihan. Rakan anda yang mahu berdiet mungkin sudah cukup bijak untuk memilih cara untuk turunkan berat badan mereka.Tambahan lagi, keputusan mengenai diet terbaik dan senaman yang paling sesuai, bergantung kepada beberapa faktor peribadi seseorang termasuk cara hidup, diet terdahulu, dan kemudahan yang ada. Apa yang bagus untuk anda mungkin tidak baik untuk rakan anda.

6. "Tak boleh ke kau gembira dengan badan kau sekarang...?"

157418672 56aa06335f9b58b7d00082fe

Orang yang mahu berdiet ini bukanlah memberitahu yang mereka bencikan badan mereka serta hidup dengan tak gembira. Ia hanya untuk kuruskan badan, itu sahaja. Mungkin mereka hanya mahu kelihatan lebih segak daripada sebelum ini. Jadi cara yang terbaik adalah menyokong rakan anda.

7. "Kau kena lebih berdisiplin..."

187138306 56aa06345f9b58b7d0008301

Untuk turunkan berat badan, anda perlukan disiplin dan kemahuan yang tinggi. Pelan untuk mendapatkan apa yang diingini juga membantu mereka untuk makan makanan yang lebih sihat pada waktu siang dan juga bersenam mengikut program yang ditetapkan, tetapi jika hanya disiplin sahaja yang diperlukan untuk kuruskan badan, sudah tentu ramai orang yang kurus kan?

Perkara yang perlu dititikberatkan adalah komponen fizikal, emosi dan juga perubatan. Daripada memberitahu rakan anda apa yang mereka perlu, lebih baik bertanyakan apa yang mereka perlukan. Tanya soalan seperti "Apa yang aku boleh bantu" sangat membantu mereka dalam menjayakan niat mereka.

8. "Aku ingatkan kau tengah diet..."

155287802 56aa06353df78cf772ac10a7

Kalau anda tak ada uniform dan lencana, jadi anda bukan lah food police. Bukan lah kerja anda untuk komen rakan jika anda tidak setuju dengan pemakanan rakan anda. Setiap diet adalah berlainan dan setiap cara pemakanan dipecahkan kepada makanan dan bahagian yang berbeza. Tiada siapa mempunyai hak untuk mengkritik cara pemakanan orang lain. Jika anda hendak membantu, anda sendiri perlu pilih makanan yang lebih sihat.

9. "Ala sebiji donut takkan tak gemuk punyalah..."

463245917 56aa06355f9b58b7d0008304

Ayat-ayat begini selalunya diikuti oleh "Aku masak ni khas untuk kau" atau "Come on la, sikit je". Ini biasanya berlaku jika anda mempunyai rakan yang suka makan dan akan paksa orang yang berdiet untuk turut serta.

Kadang-kadang, keputusan untuk berdiet boleh memberi kesan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan lebih daripada ia memberi kesan kepada orang yang berdiet. Aktiviti sosial yang biasanya dilakukan bersama seperti makan bersama contohnya makan di restoran makanan segera, akan terjejas kerana seorang rakan telah membuat keputusan untuk tidak makan lagi. Ini akan memberi kesan kepada persahabatan anda.

Ingat, keputusan rakan anda untuk turunkan berat badan bukanlah keputusan untuk putuskan persahabatan. Jadi, sebagai rakan yang baik, anda perlu lebih sensitif dan memberikan semangat serta cari cara yang kreatif untuk habiskan masa bersama tanpa melibatkan makanan yang tidak sihat.




Hakcipta iluminasi.com (2017)