Oleh pada 17 Jul 2017 kategori

jaa era jejak kaki ke rumah shah rukh khan 1

Kredit foto: Instagram Jaa Suzuran


Impian penyampai radio Era FM, Jaa Suzuran untuk bertemu dengan aktor terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan akhirnya termakbul semalam.

Jaa atau nama sebenarnya Mohammad Faizal Ahmad, 23 tiba di kediaman Shah Rukh di Mumbai, India untuk temubual berhubung filem terbaharu, Jab Harry Met Sejal.

Penyampai radio itu tidak ketinggalan berkongsi pengalaman menarik di sana menerusi laman Instagram dan Twitternya.

Menurut Jaa, dia tertarik dengan sikap mesra dan rendah diri bintang antarabangsa berkenaan kerana melayaninya dengan baik meskipun sesi temubual itu berlangsung pada jam 1 pagi.


jaa era jejak kaki ke rumah shah rukh khan 2

Kredit foto: Instagram Jaa Suzuran

Misi daripada @dhansayna 90% telah selesai. Terima kasih tuan kerana telah menjadikan impian saya terlaksana. Akhirnya betul-betul melihat Shah Rukh Khan di hadapan mata. Dia adalah lagenda, bintang antarabangsa tapi sangat merendah diri dan baik hati. Bayangkan pukul 1 pagi saya temubual dia di rumahnya di Mannat. Dia buat saya tertarik dengan sikapnya. Terima kasih @sonymusicindia kerana bekerja keras membantu saya merealisasikan impian ini. Saya adalah satu-satunya orang dalam dunia ini yang diberi peluang menemubual Shah Rukh Khan dalam kediamannya semalam. Terima kasih banyak-banyak dan tunggu untuk video temubual itu nanti di medium media sosial @era_fm.

Foto tersebut sehingga kini telah menerima 61,000 likes dan lebih 1000 komen.

Ini menjadikan Jaa sebagai selebriti Malaysia pertama yang menemubual Shah Rukh di kediaman aktor tersebut.

Terdahulu iaitu pada 9 Julai lalu, penyampai radio itu dikejarkan ke hospital kerana terlibat dengan kemalangan motorsikal. Susulan itu, beliau mengalami keretakan di bahagian lutut kanannya.


jaa era jejak kaki ke rumah shah rukh khan 3

Kredit foto: Instagram Jaa Suzuran



tags : , , , , , , , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)