Oleh pada 23 Jul 2017 kategori

Dengan populasi manusia hampir 1.4 billion orang, hidup di negara mata sepet ini, China, bukanlah sesuatu yang mudah. Dengan kehidupan anda yang tidak mempunyai jaminan sosial, anda tak mempunyai banyak peluang untuk menyinar jika anda tidak bertungkus lumus berusaha.

Kanak-kanak di China boleh dikatakan sudah bersedia untuk menempuh dunia luar kerana kerja keras mereka bermula sejak mereka kecil lagi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Seorang guru Bahasa Inggeris, Masha Pipenko, yang berasal dari Ulyanovsk, Rusia berpeluang mengajar di tanah besar ini dan menceritakan situasi sebenar sistem dan pendekatan China dalam pendidikan.

1. Senaman ringan beberapa kali sehari

bersenam dan berbaris

Di China, mereka mengamalkan senaman ringan untuk memanaskan badan, setiap hari. Tetapi bukan hanya sekali sehari. Ia dimulakan dengan senaman pada awal pagi dan disusuli dengan berbaris.

Ucapan pagi diberikan dan bendera sekolah dinaikkan. Selepas waktu pembelajaran ke-3, murid-murid akan melakukan senaman mata di mana beberapa titik di bahagian diurut sambil muzik didengarkan. Senaman memanaskan badan sekali lagi dilakukan pada jam 2 petang.

2. Rehat makan tengahari 1 jam

makanan tengahari

Jika di sekolah kita waktu rehat hanya 30 minit, namun di China ia berbeza. Waktu rehat utama yang juga waktu makan tengahari adalah selama satu jam. Ketika ini murid-murid mempunyai masa yang banyak untuk makan di kantin, dan diberikan makanan istimewa jika tiada kantin di sekolah.

Guru-guru pula diberikan makan tengahari secara percuma, dan ia sangat sedap. Makanannya pula adalah mengikut tradisi, satu lauk berdaging, dua jenis sayuran, nasi dan juga sup.

3. Tidur sebentar selepas rehat

nap time

Terdapat sesetengah sekolah mengamalkan waktu nap (tidur sebentar) selepas waktu makan tengahari untuk menggalakkan pembelajaran yang sihat. Tidur sebentar ini dapat mengembalikan tenaga kepada murid-murid untuk memberikan perhatian sepenuhnya kepada pelajaran seterusnya.

4. Guru amat dihargai dan dipandang tinggi

tunduk hormat

Guru di China sangat dihargai oleh masyarakat, termasuklah murid-murid. Para guru dilayan dengan baik dan penuh hormat. Bahkan, murid-murid akan menunduk tanda hormat kepada guru mereka, dan juga kepada guru lain yang tidak mengajar mereka. 

5. Hukuman tegas digunapakai

merotan

Guru-guru dibenarkan untuk merotan murid-murid jika melakukan kesalahan. Semakin jauh sekolah itu semakin kerap hukuman yang berlaku. Sebagai contoh, murid-murid diberikan sejumlah masa untuk mempelajari perkataan English dan untuk setiap perkataan yang murid tak tahu, akan dirotan.

6. Pembelajaran yang padat

rajin belajar

Kanak-kanak di China belajar lebih daripada 10 jam sehari. Sekolah bermula dari jam 8 pagi dan tamat pada pukul 3 atau 4 petang. Tak terhenti di situ, mereka akan pulang ke rumah dan sambung melakukan kerja rumah sehingga 9 atau 10 malam. Kanak-kanak di bandar pula biasanya akan hadir kelas muzik, belajar seni, dan menyertai kelab sukan pada hujung minggu.

Kanak-kanak ini dididik sebegini teruk sejak kecil lagi kerana persaingan di China sangatlah tinggi, kerana jika mereka tidak mendapat gred yang baik, mereka tidak akan diterima masuk ke universiti.

7. Sekolah kung fu bagi mereka yang nakal

sekolah kungfu 178

Bagi kanak-kanak yang datang dari keluarga yang miskin yang tidak mahu bersekolah atau terlalu nakal, kerap dibuang sekolah. Mereka ini akan masuk ke sekolah kung fu.

Di sekolah kung fu, mereka berlatih siang dan malam, dan jika mereka bernasib baik, mereka akan mendapat pelajaran asas, untuk membolehkan mereka tahu membaca, yang mana ia amat sukar kerana sistem bahasa China yang sangat sukar.

sekolah kung fu

Sama seperti sekolah biasa, hukuman tegas diberikan, sama ada dipukul dengan kayu, ditampar atau ditendang. Setelah mereka tamat persekolahan, mereka biasanya menjadi berdisiplin dan boleh mengajar kungfu.

Kebanyakan master kung fu yang terkenal berasal daripada sekolah seperti ini. Juga menjadi adat bagi orang di China untuk menghantar kanak-kanak yang lemah dan sakit ke sekolah kung fu untuk tempoh 1 atau 2 tahun untuk menjadikan mereka sihat sambil mempelajari kung fu atau tai chi.

Sejak kecil lagi, di mana sahaja mereka ini belajar sama ada di sekolah biasa atau sekolah kung fu, mereka mengamalkan 3 ciri-ciri utama, iaitu bekerja keras, berdisiplin, dan menghormati mereka yang lebih tua dan berpangkat. Dan juga mereka diajar dan dipupuk untuk melakukan yang terbaik dalam apa saja yang mereka lakukan. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)