Oleh pada 08 Mar 2017 kategori

Udara dan air yang kotor bukan sahaja menyebabkan kita berasa tidak selesa, malah ia boleh mengakibatkan kematian bagi anak-anak yang masih kecil.

Baru-baru ini Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah melaporkan lebih 1 daripada 4 kematian kanak-kanak bawah 5 tahun di seluruh dunia adalah disebabkan pencemaran alam sekitar termasuk udara yang berasbut, air yang tercemar dan sistem sanitasi yang teruk.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh agensi kesihatan bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) itu, keadaan persekitaran yang tidak sihat boleh menyebabkan malaria, pneumonia dan cirit-birit yang membunuh 1.7 juta kanak-kanak setiap tahun.

WHO telah mengesan 5 punca utama pencemaran yang mengakibatkan kematian kanak-kanak di bawah 5 tahun:

#1 Pencemaran Udara

Pencemaran luar yang berpunca dari kilang, loji kuasa dan ekzos kenderaan menyebabkan udara menjadi berjelaga, penuh dengan karbon dioksida, merkuri dan pelbagai lagi bahan kimia yang berbahaya. Pencemaran dalaman pula disebabkan oleh memasak menggunakan api secara terbuka dan juga asap rokok.

Setiap tahun, seramai 570,000 orang kanak-kanak di bawah 5 tahun mati akibat penyakit respiratori, termasuk pneumonia dan serangan asma.

#2 Tiada sumber air dan sistem sanitasi yang bersih

Kadang-kadang kita sering ambil mudah dan pandang remeh perkara seperti air paip yang bersih, pam jamban, sabun tangan dan tapak pelupusan sisa pepejal yang masih belum ada di kebanyakan negara lain. Kerana ketiadaan sumber air bersih ini, kanak-kanak mudah terdedah kepada pelbagai bakteria berbahaya.

Adakah anda tahu penyakit cirit-birit telah membunuh 361,000 kanak-kanak di bawah lima tahun setiap tahun? Syukurlah kita ada Indah Water di sini. Dah bayar bil pembetungan belum? 

Lagi satu... lepas berak dah pandai flush tak?

bekalan air bersih bukannya boleh didapati dengan mudah di negara lain

#3 Pendedahan berbahaya pranatal

Udara dan air tercemar boleh memudaratkan kanak-kanak walaupun ketika masih dalam kandungan. Pendedahan kepada arsenik, asap rokok sekunder dan pencemaran udara membantutkan perkembangan bayi dalam kandungan sehingga boleh menyebabkan komplikasi.

270,000 bayi mati selepas bulan pertama dilahirkan akibat pramatang dan keadaan lain seperti persekitaran yang tidak bersih dan selamat.

#4 Malaria

bill gates dan isteri melawat hospital yang merawat kanak kanak malaria di afrika

Walaupun jumlah kematian akibat malaria dikhabarkan menurun, namun setiap tahun, seramai 200,000 kanak-kanak di bawah lima tahun mati akibat penyakit bawaan vektor ini. 95% kanak-kanak daripada kes kematian ini tinggal di negara-negara Afrika.

#5 Punca lain

Keracunan, jatuh dan lemas adalah antara ancaman yang menyebabkan kecederaan pada kanak-kanak. Seramai 200,000 kanak-kanak berusia bawah 5 tahun maut akibat kemalangan setiap tahun.

Selain itu, pakar kesihatan WHO juga memberi amaran akan dua punca kematian lain yang semakin meningkat iaitu perubahan iklim mendadak dan pembuangan sisa elektronik (e-waste) yang tidak terkawal.

pembuangan alat elektronik dengan tidak betul boleh mengakibatkan pencemaran sisa toksik

Marilah kita bersama-sama jaga alam sekitar untuk melestarikan masa depan anak-anak.

Sebelum tu nak tanya, anda buang handphone dan komputer lama kat mana? 




Hakcipta iluminasi.com (2017)