Oleh pada 20 Apr 2017 kategori

Kredit foto: rotikaya.com

Baru-baru ini, Aidil Zafuan telah membuat luahan rasa akan ketidakpuasanhatinya terhadap bekas isiterinya, Rita Rudaini yang dilihat mempersenda isterinya, Zareema Zainal.

Kisah bermula apabila Rita difahamkan membalas komen salah seorang peminatnya yang seolah-olah mendakwa Aidil ingin kembali kepadanya.

Oleh itu, Aidil naik berang dan memuatnaik foto yang memaparkan perbualan tersebut menerusi Instagramnya beserta kapsyen menghentam Rita.

Akhirnya, insiden itu berjaya menarik perhatian Rita yang turut meninggalkan komen bagi menjawab kenyataan bekas suaminya itu.

ini komen balas rita rudaini terhadap kenyataan berang aidil zafuan 10p39

Sumber: suria.my




Hakcipta iluminasi.com (2017)