Sejak kecil, kita sering dihidangkan dengan hiburan oleh ahli silap mata (digelar magician dalam bahasa Inggeris). Apabila pertama kali melihat sesuatu trik yang dipertontonkan, kita semestinya akan kagum.

Walau bagaimanapun, tahukah anda hampir kesemua trik yang dipertontonkan adalah sekadar tipu helah yang digunakan oleh ahli silap mata untuk mengaburi mata anda. Mari lihat beberapa rahsia ahli silap mata yang seringkali kita lihat dalam kehidupan seharian ataupun di kaca televisyen.

1. Memotong Badan Dengan Gergaji

BESARKAN TEKS     A-  A+

Antara trik silap mata paling popular. Dalam teknik ini, ahli silap mata akan meletakkan seoran pembantu beliau dalam keadaan baring dimana sebahagian anggota badan akan ditutup dengan kotak. Kemudian, ahli silap mata tersebut akan memotong badan pembantunya itu menggunakan gergaji sebelum memisahkan kedua anggota badan tersebut.

Rahsianya adalah, terdapat seorang lagi pembantu kedua yang berada dalam kotak pada bahagian kaki. Lihat ilustrasi dibawah:

2. Duduk Bersila Menggunakan Tongkat

Ini adalah trik yang paling biasa kita lihat terutamanya dikaki lima. Bagi yang pertama kali melihat, kita pasti akan kagum dengan kemampuan ahli silap mata tersebut untuk duduk bersila di atas angin dengan hanya sokongan tongkat beliau.

levitation

Jangan tertipu! Tongkat tersebut adalah tongkat yang direka khas untuk membantu beliau mengimbangi badannya. Bahagian bawah tongkat tersebut adalah sedikit panjang untuk memberi keseimbangan kepada ahli silap mata. Bahagian ini biasanya akan ditutup dengan kain untuk menyembunyikan agar tongkat tersebut kelihatan seperti tongkat biasa. Sementara itu, pada bahagian atasnya juga sebenarnya terdapat tempat untuk ahli silap mata tersebut duduk.

3. Duit Kertas Yang Dikoyak Dua

Ini adalah satu trik yang genius. Dalam trik ini, ahli silap mata akan menunjukkan seolah-olah beliau telah menebuk duit tersebut menggunakan pensel. Kemudian duit kertas tersebut akan dilipat kepada dua. Seterusnya, beliau akan menggerakkan pensel tersebut seolah-oleh untuk mengoyakkan duit kertas tersebut.

teknik silap mata

Menariknya, apabila pensel tersebut ditarik, wang kertas tersebut sedikitpun tidak terkoyak! Apakah rahsianya? Pensel tersebut sebenarnya diperbuat daripada magnet yang memang sudah terpotong kepada dua. Apabila ianya ditarik daripada duit kertas, ianya secara automatik akan bercantum kembali tanpa memberi kesan koyakan pada kertas.

4. Memotong Anggota Badan

Antara trik yang popular juga. Dalam pertunjukan ini, pembantu ahli silap mata akan masuk kedalam kota yang disusun di atas satu sama lain. Semasa pertunjukan, ahli silap mata akan mengalihkan kotak-kotak tersebut (seolah-oleh beliau berjaya mengasingkan anggota badan pembantunya itu).

Apakah rahsianya? Kotak-kotak itu adalah kotak yang direka khas. Apabila pembantu beliau masuk ke dalam kotak-kotak tersebut, pembantunya itu akan 'menyorok' dalam kotak pada bahagian paling bawah.

Apabila kota-kota yang berada di atas di alihkan, ianya sebenarnya adalah kotak kosong ataupun mengandungi anggota badan yang palsu. Di akhir persembahan, ahli silap mata tersebut akan menyusun semula kotak-kotak tersebut dalam keadaan asal seolah-olah beliau akan mengembalikan semula pembantunya itu.

magic

Diharapkan rahsia-rahsia ini dapat merungkai rahsia trik silap mata yang dipertontonkan oleh ahli silap mata.

Kredit: 6 Greatest Magic Tricks




Hakcipta iluminasi.com (2017)