Kredit foto: blogaleuto.blogspot.my

Terkejut dengar kisah pelakon Zizan Razak yang ditumbuk di bahagian hidungnya hingga berdarah! Pulak tu yang menghentamnya bukannya calang-calang orang tetapi ikon fesyen ternama, siapa lagi kalau bukan Wak Doyok.

Selidik punya selidik, rupanya insiden tersebut terjadi ketika menjayakan salah sebuah babak dalam filem Abang Long Fadil 2. Yalah, nak pastikan lakonan tu nampak betul, perlu ada pengorbanannya, kan?

Sudah tumbuk Zizan, Wak Doyok juga turut sama menjadi mangsa hentaman apabila perutnya senak dipukul pelakon A.Galak. Ini pendedahan Wak Doyok.

hidung zizan razak berdarah ditumbuk ikon fesyen popular 2

Kredit foto: Instagram Wak Doyok

Pengarah Syafiq Yusof minta saya beberapa kali buat aksi menumbuk Zizan. Mula-mula jauh, dan dia minta ke depan sikit, bila dah dekat, itu yang kena hidung Zizan sampai berdarah. Untuk babak bergaduh dengan A.Galak, saya pula yang teruk dipukul. Umur saja 78 tahun, tapi kudratnya macam usia 38 tahun. Senak juga perut bila betul-betul dipukul guna tongkat.
Sumber: Media Hiburan

Tidak terhad sebagai pelakon, ilmunya dalam bidang fesyen turut dikongsikan bersama rakan-rakan produksi. Kebanyakan sut Zizan dan A.Galak dipilih sendiri oleh Wak Doyok, hinggalah ke perkara yang dianggap remeh seperti cara mengikat tali leher.

hidung zizan razak berdarah ditumbuk ikon fesyen popular 3

Kredit foto: Instagram Wak Doyok

Saya mahu mereka kemas dan nampak semulajadi, contohnya jika tali leher terbuka, saya minta mereka biarkan saja. Maklumlah filem ini nampak macam filem antarabangsa, jadi cara berpakaianpun biarlah bertaraf antarabangsa.
Sumber: Media Hiburan

Siapa sangka sebenarnya Wak Doyok awalnya tawar hati untuk menyambut tawaran sebagai pelakon. Malah sebelum memulakan penggambaran, Wak Doyok membuat persediaan berdialog di hadapan cermin. Tapi bila dah cuba sekali, dah mengidam pula watak-watak lain.

Saya tahu saya tak pandai berlakon. Jadi saya tak mahu menimbulkan masalah. Tapi Syafiq berjaya yakinkan saya dan ia satu cabaran mencuba bidang berbeza. Saya akan berlakon kalau ada masa terluang. Watak apa pun saya tak kisah.
Sumber: Media Hiburan

Bagaimanapun bidang fesyen tetap menjadi keutamaan Wak Doyok.

Kepada anda yang ingin menonton lakonan mereka dalam filem Abang Long Fadil 2, boleh tonton di pawagam mulai 24 Ogos ini. Antara pelakon lain yang terlibat adalah Syamsul Yusof, Achey Bocey, Datuk AC Mizal, Tania Hudson dan ramai lagi.

hidung zizan razak berdarah ditumbuk ikon fesyen popular 4

Kredit foto: Media Hiburan




Hakcipta iluminasi.com (2017)