Oleh pada 26 Apr 2017 kategori

Mungkin anda pernah terdengar atau ternampak spesis kucing yang mempunyai 2 warna mata yang berbeza. Keadaan ini dipanggil Heterochromia yang bermakna warna berbeza (Hetero-berbeza dan chromia-warna). Kebiasaannya, sebelah mata berwarna biru dan sebelah lagi berwarna hijau.

Terdapat juga nama lain yang dikaitkan dengan keadaan ini iaitu Heterochromia Iridis dan juga Heterochromia Iridum. Iridis dan Iridum merujuk kepada iris mata. Iris mata adalah lapisan nipis yang menyelaputi anak mata yang mengandungi pigmen melanin yang memberikan warna mata yang berbeza.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pam Pam adalah antara kucing yang mengalami Heterochromia Iridis ini. Antara keunikan kucing yang dinamakan Pam Pam ini adalah kerana bentuk mukanya yang comel , ditambah dengan warna bulunya yang putih itu, telah menyerlahkan lagi warna matanya.

Tuan kucing Pam Pam ini telah meletakkan gambar Pam Pam semenjak bulan Ogos lagi dan setakat ini telah mengumpul 75 ribu pengikut di Instagram. 

pam pam cat hetrochromia 3

Antara faktor-faktor kucing terkena Heterochromia adalah faktor genetik, hasil pembiakbakaan atau pun mutasi genetik. Bagi sesetengah kucing seperti Turkish Angora, Heterochromia dianggap sebagai genetik yang ingin dijaga kerana keunikan spesis ini.

Antara spesis kucing yang mempunyai keadaan Heterochromia ini adalah Turkish Van, Turkish Angora, Japanese bobtail dan juga Sphynx. Namun hari ini kebanyakan pencinta kucing sanggup membiakkan antara kucing mereka dengan kucing yang terkena Heterochromia untuk mendapatkan baka yang mewarisi mata yang cantik ini.

Sekiranya kucing yang terkena Heterochromia ini secara genetik atau daripada keturunannya, keadaan ini adalah tidak berbahaya kepada kucing itu. Fakta yang agak mengejutkan adalah terdapat juga manusia yang mempunyai keadaan ini. Antara selebriti antarabangsa terkenal yang mengalami keadaan ini iaitu Mila Kunis, Kate Bosworth, Henry Cavill, Alice Eve dan ramai lagi. 

human with heterochromia

Bagi penggemar kucing, anda boleh mengikuti Instagram Pam Pam untuk mengikuti aksi comelnya kerana berita mengenai kucing ini telah menjadi viral atau tular di media sosial kerana keunikan pada matanya.

Sumber: Daily Mail




Hakcipta iluminasi.com (2017)