Oleh pada 01 Mar 2017 kategori

Dalam dua hari ini jalan di sekitar Pulau Pinang menghala ke tanah besar mengalami kesesakan yang amat teruk, penulis mendapat berita dari group whatsapp yang mengatakan ada kes orang terjun bunuh diri di jambatan pertama dan meyebabkan kesesakan yang maha hebat di waktu puncak ketika orang ramai sedang bergegas untuk pulang dari tempat kerja. Bagi penulis, kejadian bunuh diri di jambatan adalah perkara biasa cumanya terfikir kenapa perlu terjun di waktu kemuncak ketika orang ramai bergegas untuk pulang.

Siasat punya siasat untuk mencari info siapa yang terjun, kenapa dia terjun, rupa-rupanya yang terjun tu bukanlah orang awam, tapi mereka adalah askar, jangan salah faham, bukan terjun bunuh diri tapi terjun kerana membuat latihan , VAT69 dan tentera US. Latihan kali ini memilih Pulau Kazambo, ya ini lah kali pertama penulis mengetahui nama pulau kecil yang kita selalu nampak disebelah jambatan pertama namanya Kazambo. 

Latihan ini dinamakan sebagai Exercise Vector Mint. Ini merupakan latihan bilateral antara Pasukan VAT 69 dan US Special Operation Command Pacific. Latihan bersama ni dah di laksana sejak 2003 lagi dan USSOCPAC dan VAT 69 bertukar2 kepakaran dan skill dalam eksesais ini dan latihan sebegini mampu mempertingkatkan keupayaan tempur Komando VAT69 PDRM sebagai salah satu tongak pasukan khusus tanah air.exercise ni asalnya di beri codename Advance Vector Balance Mint. (sumber MMP), boleh lihat gambar yang penulis ambil dari facebook.

screen shot 2017 03 01 at 9 28 09 pm

16864707 1896121740625302 8406975317123906347 n

Helikopter Chinook berlegar di atas laut

training2

training1

p/s : buat exercise tu dah bagus  tapi kenapa pilih time peak hour, hahahah




Hakcipta iluminasi.com (2017)