Kredit foto: Instagram Yusuf Iskandar

Enggan menjadikan anaknya, Yusuf Iskandar sebagai salah seorang mangsa pedofilia, aktres Hanis Zalikha mengakui sentiasa memastikan gambar-gambar Yusuf yang dimuat naiknya ke laman sosial adalah sesuai untuk tatapan umum.

Menurut Hanis, dia sedar perkembangan teknologi menambahkan risiko Yusuf untuk terdedah kepada jenayah seksual tersebut, justeru sebagai ibu beliau mengambil tanggungjawab untuk memainkan peranan.

hanis zalikha tapis foto yusuf iskandar 2

Kredit foto: Instagram Yusuf Iskandar

Pedofilia memang satu perkara yang agak membimbangkan. Sebagai ibu, saya letakkan batas untuk muat naik gambar Yusuf yang tidak terlalu terdedah hingga boleh bawa kepada kejadian yang tak sepatutnya berlaku. Isu ini sangat meluas seiring dengan kemajuan teknologi masa kini, memang agak sukar nak kawal. Jadi lebih baik saya berjaga-jaga dan sentiasa pantau laman sosial Yusuf dari semasa ke semasa.

Sumber: Utusan Online

Untuk info, pedofilia adalah gangguan seksual terhadap golongan awal remaja atau kanak-kanak yang berusia bawah 14 tahun.

Sehingga kini, Yusuf yang berusia 11 bulan sudahpun mengumpul 1.4 juta pengikut di akaun Instagramnya.

hanis zalikha tapis foto yusuf iskandar 3

Kredit foto: Instagram Yusuf Iskandar 




Hakcipta iluminasi.com (2017)