Oleh pada 29 Jan 2017 kategori

Pada 27 Januari 2017 berita tempatan Dallas telah melaporkan mengenai seorang cikgu seni bernama Payal Modi yang mengajar di Adamson High School telah diberhentikan kerja serta merta kerana menembak poster Donald Trump menggunakan pistol air. Kejadian ini juga berlaku pada hari meraikan Donald Trump sebagai presiden Amerika yang baru.

Hal ini telah membuatkan penyokong tegar Donald Trump menjadi marah dan beramai-ramai membuat posting di laman sosial mengutuk dan mengharapkan kerajaan menghentikan cikgu seni ini dari mengajar serta-merta.  

Video berdurasi lapan saat telah dimuatnaik pada laman instagram Payal Modi sendiri dimana video ini menunjukkan Payal Modi menembak poster Trump sambil menyebut perkatan "Die" .

payal modi w

Namun belum dapat dikenalpasti sama ada video ini dirakamkan didalam kelas dan disaksikan oleh semua pelajar ataupun tidak. Netizen ramai mengecam perbuatan ini kerana dikhuatiri menjadi hasutan dan memberikan persepsi buruk presiden kepada pelajar.

payal modi menembak poster trump dallas amerika




Hakcipta iluminasi.com (2017)