Kebanyakan rakyat Malaysia pernah menikmati hidangan Kentucky Fried Chicken (KFC). Sebut sahaja KFC, pasti terbayangkan ayam rangup KFC yang dihidangkan bersama hidangan sampingan seperti coleslow dan kentang goreng.

Berikut merupakan beberapa fakta mengenai KFC yang anda tidak pernah ketahui:

1. Pengasas KFC, Harland Sanders memulakan bisnes menjual ayam goreng pada tahun 1930 berdekata stesyen minyak yang terletak di Kentucky. Kedai tersebut diberi nama 'Sanders Court & Cafe'.

BESARKAN TEKS     A-  A+

2. Walaupun menggunakan gelaran Kolonel, beliau bukanlah seorang kolonel dalam pasukan tentera. Gelaran tersebut telah dianugerahkan kepada beliau oleh Governor Ruby Lafoon pada tahun 1937.

3. Hidangan popular KFC, ayam goreng dalam bucket mula dijual 1957 iaitu kira-kira 15 tahun selepas Kolonel Sanders memulakan perniagaan ayam gorengnya.

4. Pete Harman, iaitu kawan kepada Kolonel Sanders merupakan orang pertama yang membuka cawangan KFC dengan menggunakan perkataan "Kentucky Fried Chicken".

logo kfc

5. Kolonel Sanders telah menjual syarikatnya kepada pelabur pada tahun 1964 dengan nilai $2 juta. Beliau bersetuju selepas ditawarkan gaji seumur hidup dan terlibat secara langsung dalam pengawalan kualiti makanan. Selain itu, beliau juga dijanjikan akan terlibat secara langsung dalam urusan pengiklanan komersil jenama KFC.

6. Mengikut pihak KFC, resepi rahsia ayam goreng KFC telah dicipta pada tahun 1940.

7. Pada mulanya KFC menggunakan nama "Kentucky Fried Chicken". Walaubagaimanapun, disebabkan perkata "Fried" yang membawa maksud goreng memberi gambaran bahawa makanan yang dijual tidak sihat dan tidak elok untuk kesihatan, mereka mengambil keputusan untuk menggunakan jenama "KFC" secara rasmi.

8. Pada tahun 2006, pihak KFC telah membina logo mereka sebesar 87000 kaki persegi di kawasan padang pasir dipanggil Area-51. Logo besar ini dapat dilihat daripada angkasa dan merupakan satu kempen untuk memperkenalkan imej baru mereka.

9. KFC menjadi jenama makanan ringan barat pertama yang memasuki China pada tahun 1964. Kini, terdapat kira-kira 4500 cawangan KFC di negara China.




Hakcipta iluminasi.com (2017)