Menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 30 (ABPBH30) baru-baru ini, pelakon jelita Nur Fazura mengenakan gaun yang sangat ringkas namun nampak begitu cantik sekali.

Gaun biru langit yang disulami batu permata itu menjadi bualan ramai apatah lagi Fazura berpeluang menaiki pentas dengan hasil rekaan Rizman Ruzaini itu dengan memenangi kategori anugerah Pelakon Filem Wanita Popular.

Malah, pasangan pereka yang sudah biasa bekerjasama dengan Fazura itu juga meluahkan rasa teruja apabila gaun tersebut turut menjadi tular lalu meraih perhatian peminat serta blogger fesyen seluruh dunia.

Rizman Ruzaini juga telah mencipta rekod peribadi apabila mendapat komen paling banyak di Instagram lebih dari 500 komen dan semuanya memuji gaun itu.


Fazura mahukan sesuatu yang ‘simple’ untuk dipakainya kerana pada mulanya beliau tidak merancang untuk menghadiri majlis tersebut, jadi kami mencadangkan supaya beliau mengambil inspirasi Cinderella versi moden.

Untuk makluman, gaun Fazura pada malam itu diinspirasikan berdasarkan karakter Cinderella yang dilakonkan pelakon itu menerusi drama Hero Seorang Cinderella yang bakal ditayangkan mulai esok pada pukul 10 malam di Astro Ria.

gaun fazura di abpbh30 raih perhatian seluruh dunia 1

Sumber: suria.my




Hakcipta iluminasi.com (2017)