Oleh pada 21 May 2017 kategori

Nama Gary Vaynerchuk mungkin agak janggal dan kurang dikenali di Malaysia. Namun begitu, beliau yang merupakan seorang yang terkenal di Amerika sebagai seorang usahawan dan penulis buku yang sangat berjaya juga mempunyai berbagai syarikat bernilai ratusan juta dollar.

Gary merupakan anak seorang imigran yang datang dari Soviet Union. Bapanya, merupakan seorang penjual wain merupakan seorang yang beliau sanjung tinggi kerana bertungkus-lumus membesarkan beliau di dalam suasana yang asing dan penuh cabaran memandangkan status mereka sebagai keluarga imigran.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Gary sendiri mula melibatkan diri dalam bidang perniagaan sejak beliau kecil dengan menjual lemonade dan kad besbol. Mungkin ramai yang berniaga kecil-kecilan di sekolah rendah atau menengah dahulu, tetapi Gary bukan berniaga secara main-main. Pada umur yang muda pun beliau sudah mengaut keuntungan beribu-ribu ringgit dari perniagaannya itu.

Apabila umurnya meningkat kepada 24 tahun, beliau kemudiannya mengambil alih perniagaan bapanya dan berjaya meningkatkan nilai syarikat bapanya daripada 3 juta Dollar kepada 60 juta Dollar hanya dalam masa 5 tahun. Ini dilakukan oleh beliau dengan menggunakan media sosial untuk menghubungkan perniagaannya dengan pelanggan. 

Beliau kemudiannya menubuhkan syarikatnya yang lain untuk membesarkan lagi empayar perniagaannya. Antara syarikat beliau yang terkenal adalah WineLibrary, VaynerMedia dan VaynerX. Beliau juga menjadi penasihat untuk Uber, Birchbox, Snapchat, Facebook, Twitter dan Tumblr.

Antara pesanan dari Gary yang sering diulang-ulang setiap kali beliau dijemput untuk menyampaikan talk beliau.

gary v

1. Buat apa yang anda suka

Beliau selalu menceritakan yang ketika umurnya 20-an, beliau banyak meluangkan masa dengan orang-orang yang berumur 90-an dan mendengar kisah-kisah hidup mereka. Mereka ini selalunya akan menceritakan kepada Gary yang mereka menyesal kerana tidak membuat perkara yang mereka inginkan ketika muda dahulu. Apabila mereka telah tua, tiada apa yang dapat diusahakan lagi dan impian mereka bertukar menjadi penyesalan terbesar dalam hidup mereka. "I wished I could have done this. I wish I could have done that," kata mereka. Tetapi tiada apa lagi yang dapat dilakukan atas faktor umur mereka yang sudah terlalu tua.

gary vv

Ini memberi semangat yang luar biasa kepada Gary untuk menjalani hidupnya dengan sepenuh hati dan menumpukan perhatian kepada perkara yang beliau inginkan dalam hidup. Gary tidak mengajak semua orang untuk menjadi bilionaire seperti beliau atau melibatkan diri dalam perniagaan, tetapi beliau menekankan agar setiap seorang daripada kita hidup bahagia dengan membuat perkara yang kita suka.

2. Hidup dengan berani

Gary selalu menekankan di dalam talk beliau yang kebanyakan orang takut untuk buat sesuatu yang baru atas sebab ketakutan yang tak dapat diatasi. Salah satunya adalah ketakutan apabila dilihat sebagai seorang yang gagal dalam hidup dan dilihat tidak sehebat kawan-kawan yang lain.

Bagi Gary, ini semua adalah bullshit dan alasan-alasan yang diberikan hanyalah gambaran daripada ketakutan itu tadi. Bagi beliau, setiap daripada kita sebenarnya sudah tahu apa yang kita ingin buat, cuma tidak berani untuk melawan ketakutan kita sendiri.

"Do what you have to do."

vaynerchuk 1

3. Jangan takut dengan risiko

Gary selalu menekankan yang orang muda patut mengejar cita-cita untuk buat apa yang mereka mahu dan luangkan masa beberapa tahun untuk menjayakan apa yang diinginkan. Sekiranya seorang yang berumur 23 tahun meluangkan 3 tahun mengejar sesuatu yang dirasakannya boleh membuatkan beliau berjaya, tetapi kemudiannya gagal, beliau masih lagi berumur 20-an. Banyak lagi masa yang ada untuk mencuba benda yang lebih 'stabil'.

Anda boleh ikuti Gary Vaynerchuk melalui Facebook, Twitter, Instagram dan di berbagai platform lagi kena beliau memang seorang yang yakin dengan penggunaan media sosial sebagai platform perniagaan alaf baru. Mungkin anda dapat belajar sesuatu yang baru dari beliau.

Sumber Rujukan: Fortune, Wikipedia




Hakcipta iluminasi.com (2017)