Alhamdulillah, pasangan suami isteri Shuib Sepahtu dan Siti Sarah selamat melangsungkan majlis persandingan kali pertama mereka pada malam semalam yang diadakan di Bora Ombak Marina, Putrajaya. Majlis persandingan dengan jemputan seramai 600 orang itu adalah 'hadiah' Shuib buat Siti Sarah sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang keenam.

Saya tidak kisah dikecam orang kerana ini penghargaan saya buat isteri. Orang tidak tahu keadaan saya waktu mula-mula berkahwin dengan Sarah. Keikhlasannya menerima saya dalam keadaan saya tidak punya apa-apa kerana baru mula bertapak dalam bidang seni sangat saya hargai

Pada majlis tersebut, Shuib membuat kejutan istimewa dengan mempersembahkan sebuah lagu ciptaannya sendiri berjudul 'Aku Lelakimu'. Beliau juga sempat memberikan sebuah ucapan romantis buat isteri beliau sebelum jari manis Siti Sarah disarungkan sebentuk cincin yang dibawa sendiri anak sulung mereka.

Sebelum majlis berakhir, Sarah turut menyanyikan dua buah lagu popular, 'Kaulah Segalanya' dan 'Mencintaimu'. Tentunya, semangat Shuib jelas terpancar biarpun baru sahaja keluar dari hospital akibat tekanan darah rendah yang dialaminya baru-baru ini.

Antara yang hadir pada malam tersebut ialah Jep dan Sari Yanti, pasangan yang baru bergelar suami isteri semalam.

shuib bersanding sekali lagi

perkahwinan grand gilang gemilang

shuib dan isterinya siti sarah

sarah shuib sepahtu

shuib sepahtu

siti sarah raisudin

pernikahan sekali lagi shuib siti sarah

resepsi shuib siti sarah

siti sarah dan shuib

majlis perkahwinan shuib siti sarah

gambar persandingan shuib dan siti sarah

Kredit foto: Instagram @dahliaproductionSumber berita: Rotikaya



Hakcipta iluminasi.com (2017)