Kredit foto: sayangbangetkhaibahar.blogspot.my

Melalui perkongsian beberapa foto di laman Instagram Khai Bahar, ramai terkejut melihat perkembangan susuk tubuh penyanyi itu yang kelihatan semakin 'sado'. 

Ada yang beranggapan Khai kini sedang 'bina badan' namun dakwaan tersebut dinafikan olehnya. 

Menurut Khai, senaman kecergasan yang dilakukan beliau juga sebenarnya bertujuan untuk meningkatkan stamina. 

Saya bersenam tidaklah hanya kerana ingin tampil sado sahaja. Saya bersenam jika ada masa lapang untuk kebaikan saya sendiri. Saya mahu menjaga stamina agar saya mendapat lebih tenaga ketika melakukan persembahan pentas. Waktu kerja saya tidak menentu. Selalunya, saya akan pulang lewat malam. Jadi saya rasa amalan senaman yang saya lakukan membantu saya untuk kembali lebih cergas. Selain itu, saya bukan sekadar bersenam di gimnasium. Saya juga turut mengamalkan aktiviti lain seperti jogging dan senaman-senaman yang bersesuaian.

Sumber: Astro Gempak

Dalam perkembangan lain, Khai berasa bersyukur apabila menerima dua pencalonan bagi Anugerah MeleTOP Era 2017 (AME 2017) iaitu Penyanyi Paling MeleTOP dan Artis Baru MeleTOP. 

Saya sendiri tak menjangkakan yang saya akan tercalon dalam dua kategori kerana saya masih lagi baru jika hendak dibandingkan dengan penyanyi-penyanyi lain. Terima kasih kepada semua peminat yang tidak penat untuk mengundi saya. Saya sangat bersyukur dan gembira tercalon dalam AME 2017.

Sumber: Astro Gempak

AME akan berlangsung pada Ahad, 23 April 2017 ini dan menampilkan Nabil Ahmad, Neelofa dan Johan sebagai hos. 

khai bahar semakin sado 2

khai bahar semakin sado 3

khai bahar semakin sado 4 853

Kredit foto: Instagram Khai Bahar




Hakcipta iluminasi.com (2017)