Oleh pada 24 Mar 2017 kategori

Setelah dilanda kontroversi baru-baru ini, filem Beauty and the Beast akhirnya akan memulakan tayangannya di Malaysia yang dijadualkan bermula pada 30 Mac ini.

Pihak Golden Screen Cinemas (GSC) mengumumkan berita baik buat para peminat filem tersebut menerusi satu kemaskini di akaun Facebook rasmi mereka.

Walaubagaimanapun, filem tersebut dilaporkan mendapat klasifikasi  PG13.

Terdahulu, filem dinanti ramai itu menjadi bualan hangat selepas pengarahnya, Bill Condon mengumumkan bahawa watak Le Fou (Josh Gad) merupakan seorang homoseksual.

Sumber berita: Siakapkeli




Hakcipta iluminasi.com (2017)