Oleh pada 23 May 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Fattah Amin 

Aktor Fattah Amin mengakui bimbang untuk bergandingan dengan aktres Fazura ketika awal penggambaran Hero Seorang Cinderella (HSC).

Bagaimanapun selepas mengenali beliau, dia melihat pelakon wanita popular itu berbeza daripada apa yang disangkakan. 

fattah amin dedah pengalaman manis mengenali fazura 2

Kredit foto: Instagram Fattah Amin

Saya yakin dengan Fazura. Tidak dinafikan, pada permulaan saya agak risau bergandingan dengan Fazura. Maklum, dia pelakon popular berbakat besar. Tetapi apabila bertemunya, Fazura tidak seperti yang difikirkan. Kami memang rapat kerana ingin penonton merasai getaran cinta antara Tengku Ian Uzzan dan Nur Medina dalam drama itu. Kami tidak bercinta seperti yang disangka ramai.

Sumber: BH Online

Fattah juga tidak dapat melupakan pengalaman bersama pelakon jelita itu sepanjang menjalani penggambaran bersama. Fattah menyifatkan Fazura sebagai pelakon yang bersikap positif dan menyenangkan orang sekeliling. 

fattah amin dedah pengalaman manis mengenali fazura 3 840

Kredit foto: Instagram Fattah Amin

Pengalaman bergandingan dengan Fazura antara momen yang tidak mungkin dapat saya lupakan. Dia sangat profesional dan menyenangkan. Fazura juga sentiasa ceria dan sikap tenangnya itu menghadirkan aura positif kepada orang sekeliling.

Sumber: BH Online

Ketika ini drama HSC sedang hangat ditayangkan di kaca televisyen dan difahamkan masih dalam proses menghabiskan saki-baki penggambaran. Sejauh manakah gandingan Fazura dan Fattah (atau dipanggil Fattzura) ini bakal menenggelamkan fenomena Lofattah yang dahulu? Sama-sama kita nantikan. 

fattah amin dedah pengalaman manis mengenali fazura 4

Kredit foto: Instagram Fattah Amin




Hakcipta iluminasi.com (2017)