Oleh pada 10 Aug 2017 kategori

Bagi setiap penerbit rancangan tv, strategi pemasaran dan publisiti adalah elemen yang paling penting untuk menaikkan rating rancangan terbitan mereka. Begitu juga dengan produk-produk fizikal yang dikeluarkan dipasaran. Pelbagai kaedah digunakan untuk menarik minat pengguna. Malah ada yang sanggup berkelakuan pelik dan menjengkelkan untuk memastikan produk mereka dikenali.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dalam dunia penyiaran, taktik ini telah lama digunapakai oleh penerbit-penerbit di luar negara. World Wrestling Entertainment(WWE) misalannya, menjadi antara rancangan tv terkemuka di Amerika padal awal 2000. Sehingga ke hari ini, ramai yang masih tidak tahu bahawa WWE itu adalah lakonan semata-mata. Pelbagai gimik dan plot telah dirangka sehinggakan kita tidak sabar menantikan wrestler kegemaran kita beraksi di kaca tv setiap malam jumaat.

the brothers of destruction 29659

Undertaker dan Kane bukan adik-beradik kandung?

Ya. Fakta yang perlu diterima oleh peminat tegar WWE. Kisah pertalian darah antara Undertaker dan Kane adalah sekadar gimik semata-mata. Segala plot yang diceritakan dalam WWE tentang kisah belakang tabir hidup mereka adalah penambah rasa dalam rancangan WWE.

Seperti yang dinyatakan diawal penulisan, semuanya adalah strategi pemasaran. Mereka membina jalan cerita yang rumit untuk memberikan fantasi kepada penonton dalam masa yang sama menarik penonton setia untuk mengikuti perkembangan watak rekaan mereka.

paul bearer

Mengikut cerita fiskyen WWE, ibu kandung Undertaker mempunyai hubungan dengan seorang lelaki bernama Paul Bearer, seorang pengendali majlis kematian. Hasil dari hubungan itu, mereka mempunyai seorang anak yang bernama Kane. Pelbagai krisis telah diceritakan kononnya Undertaker telah cuba membunuh keluarganya dan mencacatkan wajah adik tirinya, Kane.

undertaker

Namun disebalik momokkan yang dibawa dalam storyline WWE, ini fakta sebenar tentang mereka. Nama sebenar Undertaker ialah Mark William Calaway. Beliau berasal dari Houston, Texas. Sebelum memulakan karier sebagai ahli gusti professional, beliau seorang atlet basketball dan juga graduan dalam bidang pengurusan sukan di Texas Wesleyan University. Ibu bapanya pula bernama Compton Calaway dan Betty Catherine Truby, dan adik beradik kandungnya David, Michael, Paul dan Timothy. 

kane

Glenn Thomas Jacobs ataupun 'Kane' pula merupakan seorang ejen insurans yang berasal dari  Tennessee, USA. Kane memulakan kerjaya sebagai seorang ahli gusti professional pada tahun 1992 dibawah naungan  Smoky Mointain Wrestling(SMW) sebelum memasuki kancah mainstrem gusti professional WWF/WWE pada 1995.

Pelbagai watak telah dibawa oleh Jacob sepanjang penglibatannya dalam WWE, sehingga pada 1997 beliau tampil dengan watak Kane, yang lengkap dengan sut bermotifkan api dan lengkap bertopeng. Dia dikatakan adik tiri kepada Undertaker, yang pada masa itu turut sama-sama dalam WWE.

The Brothers of Destruction

Mereka berdua digelar sebagai The Brothers of Destruction kerana pernah berganding sebagai satu pasukan dalam WWE: Royal Rumble 2001 menyingkirkan pesaing yang lain.  Kemudian gandingan mereka kembali menguasai edisi Smackdown pada tahun yang sama menewaskan Rikishi dan Haku dalam perlawanan brutal First Blood.

Pada edisi  No Way Out 2001, Mereka juga telah berjaya merangkul gelaran No Way Out 2001 dengan mengalahkan Dudlez Boys(Bubba Ray dan D-Von), Edge, dan Christian.

Pada WrestleMania X-Seven pula, mereka berjaya memenangi gelaran WWF Hardcore Championship dengan Kane menewaskan Raven dan Big Show, manakala Undertaker menewaskan Triple H.

Fakta Menarik Mengenai WWE:

wwe wrestlemania

Jumlah penonton WrestleMania paling ramai pernah dicatatkan ialah pada WrestleMania 3 di Pontiac Michigan pada 29 Mac 1987, iaitu seramai 93,173 penonton yang hadir. 

the rock triple h and randy orton 2967

The Rock, Triple H dan Randy Orton masing-masing berkongsi jumlah kejuaraan yang sama pada WWE World Heavyweight Championship dengan 8 kejuaraan seorang.

current champion seth rollins 29670

Sejak awal kewujudan WWE,  sudah 120 ahli gusti yang pernah menyandang gelaran WWE World Heavyweight Champions.

cm punk

Selepas meninggalkan WWE, ahli gusti professsional CM Punk telah menjadi penulis untuk Marvel Comics and Vertigo Comics (DC Imprint).

rey mysterio

Rey Mysterio memegang rekod paling lama berada di dalam gelanggan ketika perlawanan Royal Rumble




Hakcipta iluminasi.com (2017)