Oleh pada 01 Jul 2017 kategori

image 2263

Anda sudah pasti lebih mengenali siapa Adolf Hitler dan sifat-sifat serta kewibawaannya sebagai seorang diktator dalam : "Adolf Hitler : Diktator Nazi Jerman Pencetus Perang Dunia Ke-2" yang lalu. Beliau adalah seorang yang terkenal dengan sifat tegas dan bengis dan mempunyai imej yang sangat hebat dikalangan rakyat-rakyatnya. Mereka sangat menghormati dan takutkan beliau ketika era pemerintahan diktatornya.

hitler1

Namun, sepanjang hidup beliau selain daripada cerita mengenai bagaimana beliau mula menyertai pasukan ketenteraan hinggalah mencetuskan Perang Dunia Kedua, beliau tidak terlepas daripada mempunyai cerita dan insiden yang sangat pelik dan melucukan. Iluminasi.com ingin berkongsi fakta pelik dan lucu mengenai diktator Nazi Jerman Adolf Hitler.

1. Nama sebenar Adolf Schicklgruber

alois hitler in his last years

Nama sebenar ayah Adolf Hitler adalah Alois Schicklgruber, namun beliau menukarkannya kepada Alois Hitler pada 1877. Jika tidak tentulah tidak wujud Adolf Hitler, sebaliknya Adolf Schicklgruber. Aduh, nak type nama keluarga beliau pun susah.

2. Diselamatkan tentera British

i102

Ketika Perang Dunia Pertama tercetus, seorang tentera British telah menyelamatkan seorang tentera German, yang bernama Adolf Hitler. Ironi kan? Orang selamatkan nyawa dia, lepas tu dia pula cetuskan perang dengan negara yang selamatkannya.

3. Mempunyai satu testis

download 681

Ketika gagal dalam penggulingan kerajaan dalam insiden "Beer Hall Putsch", beliau ditangkap dan rekod kesihatan di ambil. Dalam rekod itu menunjukkan beliau mengalami “right-side cryptorchidism” atau dengan kata lain, testis kanannya tidak kelihatan (berada di dalam). Biasanya kejadian ini berlaku ketika masih kecil namun Professor Peter Fleischmann berkata berdasarkan pada rekod, berkemungkinan testis kanannya itu terbantut. Opps. Walaupun mempunyai satu telur, Hitler masih berani mencetuskan Perang Dunia Kedua, bayangkan jika beliau ada telur lengkap. 

4. Diselamatkan daripada lemas oleh paderi Kristian

adolf hitler 2

Ketika berumur 5 tahun, ketika sedang bermain di atas tasik beku, Hitler telah jatuh ke dalamnnya. Namun beliau diselamatkan oleh seorang kanak-kanak seusia dengannya. Kemungkinan jika beliau tidak diselamatkan, mungkin tak berlaku Perang Dunia Kedua. Namun itulah yang dikatakan takdir. Liat sungguh nyawa Hitler.

5. Merayu dapatkan pinjaman kereta

images 959

Ketika ditangkap atas tuduhan khianat untuk gulingkan kerajaan dan dipenjarakan selama 9 bulan, Hitler dikatakan menulis surat kepada pengedar kereta Mercedes dan merayu untuk mendapatkan pinjaman membeli kereta. Sedihnya.

6. Masih ada perikemanusiaan terhadap Yahudi

31e2bc42

Walaupun kebencian terhadap Yahudi di dalam diri Hitler sangat tinggi namun beliau masih ada perikemanusiaan. Ketika Hitler masih kecil dan keluarganya mengalami masalah ekonomi, mereka sering dirawat oleh seorang doktor Yahudi dan doktor tersebut tidak mengenakan apa-apa bayaran terhadap mereka. Doktor tersebut diberi jaminan keselamatan oleh Hitler dan dipanggil "Yahudi mulia". Ingat jasa juga si Hitler ni.

7. Tercalon dalam Anugera Nobel Keamanan 1939

article 2579199 1c3b417500000578 641 634x322

Pada tahun 1939, Adolf Hitler pemimpin parti Nazi Jerman telah dicalonkan dalam anugerah terunggul ini oleh ahli parlimen Sweden, E.G.C. Brandt. Ia adalah sebagai satu kritikan sindiran terhadap diktator itu. Namun cadangan sindiran itu tidak diterima dengan senang oleh pihak pengurusan dan telah melucutkan cadangan tersebut pada 1 Februari 1939. Perli rapat nampak!

8. Diberikan hormon wanita secara senyap

feminise hitler

Disebabkan sikap Hitler yang bengis dan terlalu tegas, satu inisiatif telah dilakukan oleh perisik Amerika Syarikat. Mereka cuba untuk memasukkan hormon wanita (estrogen) ke dalam makanan Hitler untuk "melembutkan" Hitler. Ini kelakar. Ganas sangat sampai terpaksa guna cara ini. 

9. Takut kucing

phobias fears

Betul la orang cakap, setiap kelebihan pasti ada kekurangan. Penulis tergelak sehingga nak terkucil. Hitler yang bertanggungjawab atas kematian berjuta orang serta pembunuhan beramai-ramai jutaan orang Yahudi adalah seorang yang takutkan kucing (Ailurophobia). Tidak ketinggalan, diktator  Itali ketika itu yang menerajui Itali dalam Perang Dunia Kedua, Benito Mussolini, turut mengalami komplikasi yang sama. Patut hantar tentera kucing je lawan dengan Jerman.

10. Rebutan wanita

hitler 2443631b

Oleh sebab Hitler berasa bahawa dia adalah lelaki rebutan di Jerman ketika itu, jadi beliau cuba merahsiakan hubungannya dengan kekasihnya iaitu Eva Braun. Tindakan ini adalah untuk mendapatkan sokongan tidak berbelah bagi daripada kaum wanita di Jerman ketika itu. Perasan juga abang misai pendek ni ya, tapi jika dilihat dengan teliti, kacak juga abang Hitler ni.

11. Kalah perang sebab orang terlalu takutkan Hitler

91fe3481258e5bc0e1297a99efec2e09

Ketika kuasa D-Day mendarat di utara Perancis, Hitler sedang tidur. Tiada general Hitler yang berani memberi arahan untuk menghantar tentera bantuan tanpa izin Hitler, dan juga tiada siapa berani kejutkan Hitler. Mungkin ini sebabnya Jerman dan pakatan Axis kalah dalam Perang Dunia Kedua, sebab Hitler tertidur, namun ia bukan sebab betul mereka kalah. Penulis je rasa kalau Hitler tak tidur, mesti sejarah tak sama macam sekarang.

12. #555

hitler555

Dalam parti Nazi pimpinan Hitler, nombor keanggotaan parti beliau adalah 555. Namun trik yang dilakukan di sini adalah mereka mula mengira nombor keahlian parti bermula dari 500, jadi sebenarnya Hitler adalah ahli ke-55, bukan ke-555. Bijak betul otak mereka untuk membuatkan parti Nazi kelihatan seperti sebuah parti besar!

13. Kahwin hanya 40 jam

91939 004 4cd1eb63

Setelah Hitler mengetahui bahawa pakatan Axis akan tewas dalam WW2, beliau mengambil keputusan untuk berkahwin dengan kekasihnya, Eva Braun pada 29 April 1945. Disebabkan beliau takut selepas mendapat berita kematian sekutunya iaitu diktator Italy, Benito Mussolini dibunuh oleh pakatan Allied, beliau membuat keputusan untuk membunuh diri bersama isterinya itu, selpas 40 jam dari majlis perkahwinan mereka. Sedih pula kalau fikirkan kisah ini.

img 20170630 174923 320

Sumber : 

1. Facts Slides

2. War History Online

3. The Guardian

4. Nobel Prize


tags : , , , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)