Oleh pada 03 Jul 2017 kategori

tubuh manusia

Tubuh badan manusia adalah anugerah yang sangat hebat di atas muka bumi ini. Walaupun teknologi manusia yang terhasil sehingga kini sudah sangat menakjubkan, namun kita masih belum menandingi apatah lagi melepasi ciptaan yang digunakan kita dalam kehidupan seharian ini.

Sehebat-hebat Apple mencipta iPhone dan Mercedes mencipta kereta, tiada satu ciptaan pun dapat menandingi ciptaan Allah iaitu tubuh badan manusia. Tubuh kita merupakan satu mekanisma yang sangat kompleks dan masih kekal misteri, walaupun mereka yang bergelar Pakar perubatan dan saintis sudah beratus tahun membuat eksperimen dan ujikaji.

Iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda 12 fakta mengenai tubuh badan manusia yang anda tidak pernah tahu.

1. Bakteria dalam mulut

bakteria

Jumlah bakteria dalam lidah seseorang itu bersamaan atau lebih daripada jumlah manusia yang tinggal di muka bumi. Jadi jumlah bakteria dalam mulut mencecah 7 billion? Nak kumur listerine sekarang jugak.

2. Cap lidah

cap lidah

Seperti cap jari, corak pada lidah manusia adalah unik bagi setiap individu. Mungkin lepas ini pengeluar telefon Apple atau Samsung nak cipta telefon menggunakan cap lidah pula? Atau kerajaan menggunakannya sebagai pengenalan diri? Siapa tahu.

3. Kekuatan sehelai rambut

rambut kuat

Menurut saintis, sehelai rambut manusia boleh menanggung sebiji epal dengan menggantungkannya, namun tidak diberitahu saiz epal tersebut.

4. Kelajuan impuls otak

brain impulse

Selaju-laju kereta Formula 1, laju lagi kelajuan dorongan otak atau impuls otak. Ia berkelajuan 400 km per jam. Patut la cepat je kalau nak fikirkan sesuatu, baru teringat dah sampai.

5. Kumpulan darah manusia

hh

Anda hanya tahu 4 jenis kumpulan darah sahaja kan iaitu A, B, AB dan O? Sebenarnya terdapat 29 jenis kumpulan darah di dalam dunia ini, dan yang paling sukar dijumpai adalah kumpulan HH atau namanya kumpulan Bombay. Ianya terdapat pada sekumpulan kecil keluarga di Jepun.

6. Jarak darah berjalan

darah

Darah beredar di dalam badan kita tanpa henti dari mulanya badan kita disenyawakan di dalam rahim sehinggalah maut menjemput. Namun tahukah anda darah dalam badan kita bergerak sejauh 19,312 kilometer? Ia bersamaan dengan 223 meter sesaat! Usain Bolt pun kalah!

7. 10 juta warna boleh dilihat mata

mata 987

Mata kita adalah anugerah yang tak ternilai yang dikurniakan oleh Allah. Tanpa mengetahui, mata kita boleh membezakan hampir 10 juta warna yang ada di sekitar kita, namun otak kita tidak dapat mengingati kesemua warna-warna tersebut.

8. Telinga juga tumbuh

telinga

Bukan sahaja rambut, kuku dan bulu ketiak kita sahaja yang sentiasa tumbuh, telinga kita pun sedang tumbuh ketika anda membaca fakta ini! Telinga kita tanpa kita sedari sentiasa tumbuh dengan kelajuan yang amat perlahan, iaitu 1/4 milimeter setahun! Jika anda hidup 20 tahun, telinga anda sudah tumbuh 5 milimeter daripada saiz asal!

9. 2 kilogram sel kulit setahun

sel kulit

Dalam badan kita terdapat berjuta-juta sel bagi memastikan fungsi badan berjalan dengan lancar. Sel-sel ini sentiasa dihasilkan dan juga dibuang. Setiap hari, badan kita akan kehilangan kira-kira 1 juta sel kulit bersamaan 2 kilogram setiap tahun. Pasti ada yang berharap agar lemak juga boleh hilang dengan sendiri sebanyak 2 kilo setahun. 

10. Manusia makan 402 kilogram setahun

makan

Bagi setiap individu, purata makanan yang kita makan sepanjang umur kita adalah sebanyak 31,751 kilogram. Ianya bersamaan dengan 402 kilogram setahun dan 1.1 kilogram sehari.

11. Kelajuan bersin

bersin 69

Tahukah anda sesetengah kereta Perodua Myvi boleh mencapai kelajuan 160 km sejam? Ia juga bersamaan dengan kelajuan bersin oleh manusia. Patut la mata boleh terkeluar jika bersin sambil buka mata, laju rupanya!

Hebat kan badan kita?


tags : , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)