Oleh pada 14 Jul 2017 kategori

Kredit foto: commons.wikimedia.org 

Penyanyi Faizal yang juga merupakan Juara Akademi Fantasia Musim Keempat mengakui telahpun bercerai buat kali ketiga.

Difahamkan, beliau melafazkan cerai kepada isterinya, Sahidatul Najiha pada 12 Disember tahun lalu.

Menurut Faizal, sebagai suami dia telahpun melaksanakan tugasnya dengan sebaik mungkin, namun tuntutan kerjayanya sebagai selebriti tidak difahami oleh bekas isteri.

Siapa yang mahu berkahwin dan bercerai banyak kali? Kalau boleh biarlah hanya sekali dalam hidup. Ini adalah satu perjalanan hidup yang perlu saya lalui. Saya maafkan bekas isteri dan terima dengan redha apa yang telah berlaku. Saya jadikan ini sabagai satu pengalaman yang bermanfaat di masa akan datang. Apa yang boleh saya katakan, tidak mudah mencari seseorang yang boleh menerima saya serta kerjaya saya. Mungkin bekas isteri sukar untuk memahami perjalanan seorang artis. Saya sudah lakukan sebaik mungkin dalam menjalankan tanggungjawab sebagai suami. Namun jika ini adalah ketentuan Ilahi, saya terima. Selama ini saya hanya berdiam dan tidak ceritakan kepada sesiapa kerana masih bersedih. Malah sehingga kini ada sedikit rasa kecewa. Namun saya tidak mahu perasaan tersebut berlarutan sehingga mengganggu perjalanan kerjaya. Saya hanya fikir positif dan kembali bangkit. Bahaya jika terlalu memikirkan kekecewaan tersebut.

Sumber: instaonline.com.my 

Faizal mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan hasil perkahwinan beliau dikuniakan seorang cahaya mata, Nur Hanna Maleeka yang kini berusia sembilan bulan.

Terdahulu, penyanyi tersebut mendedahkan akan penglibatannya dalam penyalahgunaan dadah, justeru mengambil keputusan berkahwin buat kali ketiga dianggapnya dapat mengubah haluan hidup. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)