Oleh pada 07 Jul 2017 kategori

pusat latihan memandu cemerlang kereta mendaki bukit

Bagi mereka yang kurang cekap memandu lebih-lebih lagi wanita, pastinya ia menjadi satu mimpi buruk ketika melakukan ujian bukit ketika mengambil lesen kereta. Ramai yang gagal dalam ujian memandu adalah disebabkan ujian bukit. Lebih perit, dahulu kereta automatik tak digunakan dalam ujian memandu, semuanya manual.

img 20170706 205123 28

Tapi tak mengapa, asalkan lulus, dah selamat kerana itu hanya ujian, realitinya bukan anda akan selalu berhadapan dengan situasi itu. Namun ia tak berakhir disitu jika anda tinggal di Choguku di daerah Honshu, Jepun. Disini, terdapat sebuah jambatan yang menggerunkan walaupun kepada mereka yang cekap memandu.

281678eb00000578 0 image m 15 1430264792851

Ya, ia adalah jambatan dan bukan rollercoaster! Sekali tengok memang meremang bulu roma. Kalau memandu kereta manual tu, mengucap banyak-banyak. 

image001

Jambatan yang diberi nama Jambatan Eshima Ohashi merupakan jambatan kaku yang terbesar di Jepun dan ketiga terbesar di dunia. Ia dibina sebegitu rupa untun membolehkan kapal menyusuri di bawahnya. Ia menghubungkan bandar Matsue dan Sakaiminato dan mempunyai kecuraman gradien pada tahap 6.1 peratus dan 5.1 peratus pada kedua-dua belah jambatan.

eshima4

Namun, walaupun jambatan yang berketinggian 44.7 meter dari dan sepanjang 1.7 kilometer kelihatan sangat curam seperti rollercoaster, realitinya, ia tidaklah securam yang seperti ditunjukkan di dalam gambar. Jika dilihat pada gambar ia seolah-olah curam 45 darjah namun jika dilihat dari jarak jauh, ianya menaik dan menurun dalam sudut yang masih selamat digunakan. Namun ia masih tetap sangat curam berbanding jambatan biasa dan bagi mereka yang gugup dan gemuruh, ia boleh menyebabkan panik.

Kalau nak kurus, cuba berbasikal naik turun jambatan ni. Ada beran?

Sumber :

1. Daily Mail

2. Wikipedia

3. NY Daily News


tags : , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)