Oleh pada 27 Feb 2017 kategori

Sejak Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menyatakan niatnya untuk menjadikan Amerika sebagai negara terulung di dunia, sebuah program TV di Netherlands, "Zondag Met Lubach" telah membuat satu video komedi dengan memperkenalkan negara mereka. Dalam video itu, mereka juga menyatakan yang negara Belanda itu ingin berada di tempat kedua mengatasi negara-negara lain.

Video itu telah menjadi tular dan lama-kelamaan negara-negara lain dari seluruh dunia mula memuatnaik video parodi kerana ingin turut serta berada di tempat kedua selepas Amerika Syarikat. Hampir kesemua video ini dibuat dengan menggunakan gaya bahasa dan cara percakapan Trump, mengejek kenyataan-kenyataan yang pernah dibuat dan diakhiri dengan sebab mengapa mereka perlu menjadi negara kedua terulung di dunia di bawah kedudukan Amerika.

Kompilasi kesemua video diletakkan dalam sebuah laman web Every Second Counts dan laman web ini dilaporkan selalu crash kerana terlalu ramai pengunjung.

Ini video pertama dari negara Netherlands

Diikuti dengan negara-negara lain seperti Mexico

Australia

Switzerland

United Kingdom

Singapura

Boleh kata semua negara pun ingin berada di tempat kedua. Tapi lain pula dengan Iran.. Tonton sampai habis!




Hakcipta iluminasi.com (2017)