Arwah mak saya meninggal dunia pada 2004 akibat kanser. Sejak disahkan menghidap kanser paru-paru pada tahun 2001, kesihatannya mula turun naik. Sepanjang tempoh itu, arwah menjalani rawatan kemoterapi selain kami berusaha secara alternatif. Dan alhamdulillah, walaupun doktor mengatakan jangka hayat arwah cuma setahun sahaja lagi, tapi arwah mak saya survived lebih 3 tahun.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kata-kata mak yang tidak dapat dilupakan

Sepanjang arwah mak sakit, selain abah dan adik2 yg menjaganya, saya dan suami juga akan mengambil alih tugas itu sekiranya arwah buat kemoterapi di HKL atau HUKM. Penat sebenarnya menjaga orang sakit ni tetapi suami saya akan marah kalau saya merungut. " Itu emak awak tau. Bukan kawan-kawan awak. Jangan sesekali mengeluh depan mak" katanya.

Suatu hari semasa di kampung, arwah mak saya terbuang air besar di atas katil sehingga najisnya jatuh bersepah. Tahu apa suami saya lakukan? Dia membersihkan najis itu tanpa rasa jijik dan menyuruh saya membersihkan arwah mak di bilik air. Sewaktu memandikannya, arwah mak berulang kali minta maaf tapi saya katakan, "buat apa nak minta maaf. Mak bukan buat salah pun. Sekadar terbuang najis; benda kecil je".

Ketika itulah juga saya lihat arwah mak saya menangis dan dia berdoa dengan kata-kata yg tak mungkin kami lupakan sampai bila-bila.

"Ya Allah. Ini adalah anak-anak aku yg berbakti kepada aku sepanjang aku sakit. Ini adalah anak-anak aku yg tidak pernah berkeluh kesah. Anak-anak aku yg sanggup mengotorkan tangan untuk najisku. Aku berikan keredhaanku sebagai seorang ibu dan Kau limpahkanlah seluas-luas rezeki dan kekayaan pada mereka hasil bakti mereka padaku". Saya dan suami terus terkedu bila mendengarnya.

Tiga minggu selepas itu arwah mak saya meninggal dunia. Abah juga menyampaikan kata-kata terakhir mak bahawa mak sudah mengampunkan semua dosa anak-anak, menghalalkan segala pengorbanan serta air susunya. Anak-anak tidak berhutang satu dosa pun padanya.

gambar sekadar hiasan 2 453

Berbaktilah kepada ibu bapa dan mertua

Saya selalu nasihatkan pada sesiapa, "jgn berkira langsung dengan ibu bapa". Bukan mahu membangga diri tapi sejak saya kahwin, saya langsung tidak ambil kesah berapa yg suami saya peruntukkan utk ibunya. Berilah berapa saja dan saya tak pernah buka mulut. 

Sebenarnya, untuk memperoleh pahala yang besar, kita tidak perlu mengangkat senjata di medan perang pun, berbaktilah pada ibu bapa dan mertua sekiranya mereka masih bernyawa. Walaupun sekiranya mereka cerewet atau seperti kebudak-budakkan yang mungkin boleh membuatkan kita rasa kecil atau panas hati, berlapang dada lah. Pengorbanan ibu bapa membesarkan kita lebih besar berbanding rasa hasutan hati itu. 

Saya dan suami percaya rezeki itu datang dari Allah tapi kami juga percaya doa dan keredhaan ibu bapa jugalah yg akan membuka lorong-lorong rezeki itu. Kerana doa ibu bapa tiada hijab dengan Allah. Gembirakan mereka dan inshaAllah mereka akan mendoakan yg terbaik utk kita. Percayalah.

Perkongsian: Ruhaiza Rusmin




Hakcipta iluminasi.com (2017)