Walaupun kes kecurian basikal di Malaysia tidaklah sehebat kecurian motosikal, namun ia adalah satu perasaan yang sangat mendukacitakan jika ia berlaku kepada diri anda. Lebih-lebih lagi jika basikal tersebut bernilai ribuan ringgit. Sehingga kini, tiada kunci basikal yang mampu membendung masalah ini yang membuatkan anda berasa tidak senang jika meninggalkan basikal anda di tempat awam.

BESARKAN TEKS     A-  A+

curi basikal 2

Pencuri basikal hanya memerlukan 10 saat untuk mencuri basikal, dan dalam setiap 90 saat, 1 basikal berjaya dicuri di United Kingdom serta sebanyak 1.5 juta basikal telah dicuri setiap tahun di Amerika Syarikat. Keadaan ini menyumbang kepada kenaikan peratusan kes kecurian basikal sebanyak 10%.

michael dan rakan rakan

Namun, satu usaha menghasilkan kunci basikal ini telah dimulakan oleh Michael yang juga menjadi mangsa kecurian basikal. Michael dan rakan-rakannya, yang mana masing-masing mempunyai kemahiran yang berbeza termasuklah jurutera, ahli pemasaran professional dan pereka bentuk, berasa mereka perlu berbuat sesuatu mengenai hal itu.

reka cipta

Misi mereka adalah untuk tidak lagi menjadi mangsa kecurian basikal dan jika ia masih berlaku, mereka boleh mengesan di mana lokasi basikal mereka. Menyedari ia bukannya satu misi yang mudah, mereka menggunakan dan menumpukan 2 tahun daripada hidup mereka mencari idea, mereka bentuk, dan menguji produk mereka. Dan kegagalan demi kegagalan dihadapi.

deeper lock 6

Hasil daripada kerja lewat malam yang memenatkan, mereka telah berjaya menghasilkan kemungkinan kunci basikal yang paling selamat di dunia.

deeper lock 2

Diberi nama Deeper Lock, ia mempunyai segala teknologi bagi mengelakkan basikal anda dicuri. Ia dipasang secara kekal pada basikal, bahagian luar kunci ini diperkuatkan dengan keluli dan dihasilkan untuk berhadapan dengan segala pemotong besi yang ada.

deeper lock 5

Dengan mempunyai sensor, sebarang pergerakan yang mencurigakan akan membuatkan kunci ini berbunyi pada tahap 110 desibel yang mampu membuatkan orang di sekitar sedar mengenai cubaan mencuri tersebut. Dihubungkan dengan telefon pintar anda, sensor tersebut akan memberikan amaran kepada telefon anda mengenai situasi itu di mana sahaja anda berada.

deeper lock 3

Jika basikal anda dicuri dengan cara dibawa ke tempat lain, anda boleh mengesan lokasi basikal anda menggunakan GPS yang terdapat pada kunci ini.

Apa yang lebih menarik, anda tidak memerlukan kunci untuk membuka peranti ini. Dengan berjalan menghampiri basikal anda dengan telefon pintar anda berada di dalam poket, ia akan terbuka secara automatik. Selain itu, ia mempunyai fungsi "sharing" di mana anda boleh memberikan akses kepada rakan atau keluarga untuk menggunakan basikal yang berkunci ini, hanya melalui satu butang.

deeper lock 4

Dan anda tak perlu risau mengenai bateri kerana ia mempunyai panel solar yang membuatkan peranti ini sentiasa dicas.

Deeper Lock masih belum berada di pasaran tetapi anda boleh menempahnya di Deeplock.

Rujukan : Kickstarter




Hakcipta iluminasi.com (2017)