Kredit foto: BH Online

Datuk Seri Vida meluahkan hasrat untuk bergelar seorang penyanyi dan sedang mendapatkan penerbit dan penulis lirik untuk lagunya.

Beliau turut mahukan lagunya itu seperti lagu 'Pen Pineapple Apple Pen (PPAP)' nyanyian penyanyi Korea, Pikotaro yang pernah menjadi fenomena sekitar tahun lalu sehingga tersenarai di tangga ke-77 Carta Billboard Hot 100.

Saya mahu keluarkan satu lagu dulu, mungkin sesuatu yang menarik macam PPAP (Pen Pineapple Apple Pen) nyanyian Pikotaro. Saya belum berjumpa orang yang sesuai untuk membantu menjayakan niat saya sebagai penyanyi. Namun saya tidak akan putus asa.

Tak sabar pula rasanya nak melihat aksi Datuk Vida menjadi penyanyi yang memang terkenal dengan telatahnya yang mencuit hati.

Sumber: Malay Mail Online & artisbuzz.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)