Kredit foto: ammboi.com

Ketika ditemui di Majlis Sambutan Ulang Tahun Pertama Tonton VIP, usahawan kosmetik Datuk Seri Vida menyatakan hasratnya untuk mengadakan konten realiti sendiri menerusi medium tersebut.

Menurut Vida, niat itu turut mendapat sokongan daripada anak-anaknya yang juga meminati bidang yang diceburi beliau. 

datuk seri vida bakal miliki saluran tv sendiri 2

Kredit foto: Instagram Datuk Seri Vida

Mereka ok saja sebab nak berikan sokongan kepada saya dan mereka pun sudah ada peminat-peminat tersendiri. Anak-anak saya pun turut mengakui meminati bidang bisnes, jadi mungkin boleh buat segmen bisnes cilik.

Sumber: Media Hiburan

Malah Vida turut mendedahkan impiannya untuk memiliki saluran televisyen sendiri tidak lama lagi.

datuk seri vida bakal miliki saluran tv sendiri 3

Kredit foto: Instagram Datuk Seri Vida

Sebenarnya saya sejak kecil sampailah sekarang, memang saya teringin sangat nak ada channel sendiri. Walaupun bunyinya kelakar, tetapi menerusi saluran sendiri saya itu, saya boleh kongsikan macam-macam tentang perihal kehidupan seharian saya kepada semua orang. Bukan saya nak menunjuk tetapi nak berkongsi ilmu. Jadi bila ada channel sendiri mereka boleh tonton puas-puas dan belajar macam mana nak berjaya dalam bidang bisnes ini.

Sumber: Media Hiburan

Bagaimanapun Vida masih dalam proses mempelajari ilmu dalam bidang tersebut. Malah tegas Vida, tumpuan utamanya kini tetap diberikan kepada bidang perniagaan, di samping mengatur langkah kecil menuju ke dunia penyiaran. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)