Oleh pada 25 Mar 2017 kategori

Kredit foto: holidaygogogo.com

Sejak semalam, pendedahan seorang wanita berkongsi kisah mendakwa pemandu pelancong di Pulau Rendang dan Pulau Perhentian melakukan aktiviti tidak bermoral menjadi tular di laman sosial.

Lebih mengejutkan, wanita ini turut berkongsi kegiatan anak muda tempatan itu yang sanggup menyalit minyak dagu untuk melakukan kegiatan terkutuk mereka terhadap pelancong wanita.

Susulan dakwaan berkenaan, pihak polis Kuala Besut baru-baru ini menafikan tuduhan tersebut yang secara jelas mengatakan pelancong wanita dirogol atau dicabul oleh pemandu pelancong di Pulau Perhentian dan Pulau Redang.

Hanya ada satu sahaja kes seorang wanita Iban yang mendakwa dia dirogol oleh pemandu bot di Pulau Perhentian, itu pun pada tahun lepas.


Namun setelah disiasat, dakwaan itu tidak benar kerana wanita itu tidak dapat memberikan bukti kukuh.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi turut memberitahu pihak mereka belum pernah menerima sebarang laporan daripada mana-mana pelancong wanita tempatan atau asing berhubung dakwaan terbabit di Pulau Perhentian.

Tuduhan ini tidak boleh sewenang-wenangnya dilemparkan kepada pemandu pelancongan kerana kebanyakan mereka merupakan penduduk tempatan.


Mustahil untuk mereka melakukan kegiatan yang boleh menutup periuk nasi mereka sendiri.

Manakala menurut pengerusi di Pulau Redang yang bertanggungjawab menjaga keselamatan kawasan itu beranggapan wanita tersebut mereka cerita disebabkan ketidakpuasanhati hati dengan layanan diterimanya.

Pada saya sekiranya berlaku unsur seperti yang disebutkan itu, semestinya laporan polis telah dibuat.


Saya juga anggap ia sabotaj kepada industri pelancongan di Pulau Redang yang saban tahun meriah dikunjungi pelawat tempatan dan asing.

Siasatan lanjut akan dibuat terhadap penulis asal berita itu berhubung dakwaan berkenaan yang boleh menjejaskan kemeriahan Tahun Melawat Terengganu 2017 (TMT 2017) yang sedang berlangsung.

Oleh itu, pihak polis berharap semua pelancong terutamanya golongan wanita supaya tidak bimbang dengan kes tersebut yang masih belum terbukti kesahihannya.

Sumber berita: Astro Awani & Ohbulan




Hakcipta iluminasi.com (2017)